I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama


Sunday 5 June 2011

~Bicara Petang~

Salam Ahad... banyak ari dah mama x hapdet blog mama ni.... bukan apa hari Khamis tu mmg mama bz tahap gabanz maklumlah mama kan kuli jew..... ehehehhehee..

Mama tgah belek2 suratkhabar hari nie..... lepas kenyang lunch tadi... tetiba terpandang coretan Kak Cham
  (Hanizam Abdullah )..... rasa teruja nak baca sampai habis... ehehhe ( kalo x jgn harap la mama nak baca.... sekadar membelek2 jew suratkhabar tu )  so mama dapat idea nak kongsi kat sini.....so mam pun gugle lah cari..... jom la kita baca2... ehehhehe

Kata Teman: Kasih isteri, cinta madu dan resah andartu
Oleh Hanizam Abdullah
hanizam@bharian.com.my
2011/06/05

SALIH menyarungkan cincin ke jari Emi selepas diijab kabul di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, 30 Mei lalu.
SALIH menyarungkan cincin ke jari Emi selepas diijab kabul di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, 30 Mei lalu.



BARANGKALI lelaki yang paling dicemburui kalangan sejenisnya, saat dan ketika ini adalah Salih Yaacob. Lelaki biasa, tak sekacak mana, tak berapa nak muda, tidak juga kaya tetapi dilihat sedikit luar biasa kerana mampu memperisterikan empat wanita tanpa mencetuskan huru-hara atau ‘perang dunia ketiga’.

“Nak kahwin lagi? Tetapi... kau ada isi?” Itu gurauan yang kini menjadi mainan bibir rakan sepejabat merujuk kepada kenyataan isteri baru penyampai Sinar FM itu, Samihah Sheikh Amy atau lebih mesra dengan panggilan Emi ketika menjawab soalan wartawan apabila ditanya apakah istimewanya Salih sehingga sanggup menjadi isteri keempatnya.
“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung. Itu juga antara kriteria lelaki idaman saya. Namun, rupa paras perkara kedua, lebih penting sifat dalamannya dan ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.” kata gadis Johor bertudung litup itu.
Ketika berita mengenai Salih kahwin lagi tersebar dan wajah gadis berusia 24 tahun itu dipaparkan media, bukan sedikit lelaki yang mula pasang impian dan tersenyum sendiri dan penuh makna. Kalau di Facebook, barangkali mereka sudah pun mengklik like. Bukan sedikit juga yang memuji kehebatan Salih kerana gadis itu bukan saja nampak sopan, cantik dan menawan tetapi juga seorang terpelajar. Memang bertuah Salih kerana belum pun mencecah 50 tahun, dia sudah pun menghimpun empat isteri dan hampir satu pasukan bola sepak anak.

Tetapi barangkali paling lelaki lain rasa terpukul kerana dia mampu ‘menjinakkan’ keempat-empat wanita itu untuk hidup berkongsi kasih, tanpa cemburu, buruk sangka dan air mata. Ayat cinta apa yang diamalkan Salih gamaknya? Namun menurut Salih yang teman kenali sebagai seorang yang sangat kelakar, ini bukan soal ayat-ayat cinta. Tak takut berterus-terang, sama ada dengan isteri atau dengan masyarakat itu rahsianya. Lagipun hendak sorok macam mana kerana Salih ada nama!

Kata Salih lagi dalam satu temu ramah dengan media; “Saya tidak pernah bohong kepada isteri apabila nak kahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.”

Lalu hidup bermadu isterinya semakin manis sebab akui Salih yang mula mendirikan rumah tangga pada 1980, dia tidak pernah memburukkan isteri. Jangan pula salah sangka, coretan ini tidak bermakna teman menyokong poligami walaupun dibenarkan dalam Islam. Tetapi lumrahnya apabila tiba bab ‘buka cawangan’, semuanya hendak ikut Sunnah Nabi. Bab tanggung jawab, ramai juga yang sekadar gigit jari. Ada suami, apabila sudah jumpa berkenan di hati bukan saja terus lupakan isteri tetapi siap kutuk lagi.
Sebenarnya teman tabik juga kepada isteri Salih - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32. Bukan calang-calang wanita yang sanggup dan reda hidup bermadu. Tak boleh bayangkan situasi Salih berbulan madu ke China dengan isteri baru tetapi membawa sekali 11 anak dan tiga lagi isteri.

Ceritanya dijanjikan payung emas di syurga jika hati dengan penuh rela dan ikhlas membenarkan suami kahwin dua, tiga. Tetapi bak kata seorang kawan yang ada sisi humor yang kejam, sementara hendak tunggu payung emas tak mustahil suaminya ‘kena payung’ dulu. Kejam bunyinya tetapi soal hidup bermadu, siapa yang tidak terganggu? Dalam kebanyakan kes, sengketa rumah tangga bagaikan tiada noktahnya, hidup berantakan penuh drama dan air mata. Jalan mudah, kahwin sorok saja, habis cerita. Atau benarkah?

Ahhh... cerita suami, isteri, cinta dan madu memang tiada sudahnya. Jangan tanya berapa ramai lelaki yang ada jiwa Salih Yaacob di sanubari, yang sanggup berlaku adil kepada setiap isteri. Lalu akhirnya, madu semakin hilang manisnya, sebaliknya rasa pahit kian terasa. Hakikatnya, soal nafsu memang tak tentu. Ingatlah, perkahwinan bukan kerana cinta dan jasad semata-mata tetapi perlu diiringi dengan penuh roh dan jiwa serta tanggung jawab.

Situasi begini juga antara punca mengapa ramai yang memilih untuk hidup sendirian. Kata mereka, buat apa kahwin jika terpaksa berkongsi kasih. Bukan soal tak laku tetapi biarlah hidup sendirian walaupun sampai jadi andartu. Nisbah lebih ramai wanita daripada lelaki, sikit pun tidak membantu. Lagi pun kata mereka, lelaki yang baik selalunya sudah berpunya! Yang tinggal, kalangan yang macam buaya, pantang lepa. Helo Hawa... jangan emosi, kerana teman tahu tak semua lelaki begitu.

Teman kongsi satu catatan nakal seorang rakan yang dihantar lewat petang lalu sekadar hiburan pagi minggu. Katanya; “Isteri itu ibarat TV dan skandal (teman wanita) itu ibarat telefon bimbit (HP). Di rumah tengok TV, jalan-jalan bawa HP. Tak ada duit tengok TV, banyak duit cari HP baru. TV tak perlu bayar tapi HP kena top up selalu. TV bentuknya besar, gendut dan tua sikit tetapi HP biasanya cute, design bagus dan sedap dipegang dan diperagakan. TV tak boleh disembunyikan tetapi HP bila-bila masa boleh sorok. Program TV pun ada kala bosan tapi HP tak kan?” Memang kurang asam. Tepuk dada, jangan tanya selera tetapi tanyalah iman. Jumpa lagi!


ahahhahhahaa cer komen... cer komen....

3 insan yang comel:

Mama Gee said...

ramailahyg jadikan abg SY ni sebagai idolaa...huhu

Unknown said...

huhu..x sanggup sy..

mama ieqa said...

akak - aah kak..... bab tu sume jew org kata betul kan.... ahahhahha


Nens - SAYA PONG!!!!! ehehhe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...