I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama

Thursday, 30 June 2011

~Bila belum menjadi rezeki kita~

Tadi masa mama tengah BW kat blog kengkawan...
Mama terjumpa 1 n3 pasai lama kawen tapi lom ada rezeki....

ermmmm... sebenarnya walaupun mama dah ada anak dara sorang ( dgn 1 married), tapi mama n hubby sangat.. n tersangat inginkan zuriat lagi.... tapi dah 3 tahun mencuba n terus mencuba nampaknya belum menjadi rezeki kami.... Setiap hari mama berdoa supaya kami di kurniakan zuriat lagi... Mama tau fmly hubby mama pun dah syak lain mcm.... tapi mama n hubby tetap berusaha.... sbb doktor dah sahkan kami normal... cuma blom ada Rezeki..... 
Tapi kadang2 mama cukup terkilan ngan masyarakat sekeliling...yea lah ada anak ramai di cemuh nya.... bila x dew anak aka anak sikit di katanya kita mcm2.... tapi itulah manusia kan.... mama redha..

Ayat2 pedih tu selalu dah menusuk lubang telinga mama nie...
tapi jawapan mama senang jew :
" kalo lah buat anak tu mcm masak nasi, dah lama saya buat!!! tapi benda ni kita cuma mampu rancang...Allah yg punya segalanya..... kalo Dia x bagi, walaupun puas kita merayu n memohon, apa kita mampu buat sbb kita juga hambanya" ahahhahahahaa.... 

kan x pasai2 mama dah jadi ustazah x bertauliah....

Mama juga sangat faham naluri hubby untuk menjadi seorang ayah.. betullah kami dah ada anak dara sorang tu.... tapi Hubby pun punya keinginan untuk mendapatkan zuriat sendirikan... mama sangat faham itu...
Kalau lah hati mama ni boleh di scan dah lama paparkan kat sini betapa mama tersangattttt teringin untuk merasai sekali lagi saat berbadan dua...... ermmmmm!!!

Mama teringat lagi gurauan kwn2 baik mama @ HQ.... Tahun 2011 kami ( geng diva perahsan sekejeap
nak beramai2 peknen.. ahahhahaaa tapi masin mulut Pengerusi kami.... Skrg dia dah berbadan dua pun.. opsss silap berbadan tiga...( siap kembar tuh ), lepas tu, sorang demi sorang ikut.... kecuali mama!!!
c!!! betapa kuciwanya mama.... taapi sebagai hambaNya.. mama pasrah....


apapun mama tetap akan terus berusaha....

Wednesday, 29 June 2011

BENARKAH ISRA' DAN MIKRAJ BERLAKU DI BULAN REJAB???

  kredit to Ustaz Yusof Embong
 
Apabila tibanya bulan Rejab sudah menjadi kelaziman umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa Isra dan Mikraj. Sambutan tersebut seolah-olah ianya berlaku benar-benar pada bulan rejab tanpa ada sebarang keraguan lagi. Tetapi hakikatnya yang sebenar, para ulama yang menulis berkaitan dengan sejarah tersebut menukilkan perbezaan pendapat mengenainya. Di sini saya cuba nukilkan pandangan-pandangan tersebut.

BILAKAH IA BERLAKU??

Terdapat beberapa pendapat ahli sejarah Islam:

1. Ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Saad di dalam 'Thobaqatnya' seperti yang dinukilkan oleh Dr Said Ramadhan Al-Buthi, dan juga disebutkan oleh Ibnu Abdil Baarr

2. Ia berlaku di awal-awal kebangkitan baginda menjadi Rasul.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Asakir, tetapi ini merupakan pendapat yang tidak sohih menurut Ibnu Kathir, dan Ibnu Hajar menghukumnya 'Syaz' (sangat dhaif)

3. Ia berlaku pada tahun ke sepuluh selepas kebangkitan.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishaq

4. Ia berlaku setahun sebelum hijrah
Ini berdasarkan riwayat Al-Baihaqi dari Az-Zuhri, Ibnu Lahiiah dari 'Urwah Az Zubair. Ia merupakan pendapat Imam Nawawi. Ibnu Hazm mendakwa telah adanya kesepakatan (ijma') tentang tarikh ini tetapi Ibnu Hajar menolak dakwaan tersebut.

5. Ia berlaku 16 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat Al-Hakim dari As Suddiy

6. Ia berlaku 8 bulan sebelum Hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnul Jauzi,

7. Ia berlaku 6 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ar Rabie bin Salim

8. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah.
Ini pendapat Ibrahim Al-Harbiy

9. Ia berlaku 14 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Abdil Barr

10. Ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Faris.

11. Ia berlaku 17 bulan sebelum hijrah.
Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al-Baihaqi dari as Suddiy
12. Ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
Pendapat ini disebut oleh Ibnu Athir.

13. Ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah.
Al-Qurthubi dan An Nawawi menukilkan pendapat ini dari Az Zuhriy, dan ditarjihkan oleh Qhadi 'Iyad, tetapi ditolak oleh Ibnu Hajar.

BULAN APAKAH IA BERLAKU??

Juga terdapat beberapa pandangan yang berbeza.

1. Ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Lahiiah dari Urwah Az Zubair. Menurut riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Abbas ia berlaku pada 12 Rabiul Awwal, tetapi Al-Hafiz Ibnu Kathir mendhaifkan riwayat ini. Di antara ulama yang memilih pendapat ini ialah Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi

2. Ia berlaku pada bulan Zulqaedah.
Ini merupakan pendapat As Suddiy

3. Ia berlaku pada bulan Rejab.
Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, dan juga Imam Nawawi di dalam kitabnya 'Ar-Raodhoh' ..Ada yang menyatakan 27 Rejab dan ada yang menyatakan ia berlaku pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Ibnu Kathir juga mendhaifkan riwayat ini.

4. Ia berlaku pada bulan Ramadhan
Ini pendapat yang diputuskan oleh Al Waqidiy, dan riwayat Ibnu saad dari Ibnu Abi Saburah

5. Ia berlaku pada bulan Syawwal.
Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al Baihaqi dari As Suddiy

6. Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.
Ia merupakan pendapt Ibrahim Al-Harbiy dan ditarjihkan oleh Ibnu Munir.

KESIMPULAN.

1. Para ulama pengkaji sirah dan ahli hadis berselisih pendapat mengenai tarikh Isra' Mi'raj dengan perselisihan yang begitu banyak.
2. Tiada riwayat yang benar-benar sahih dan begitu jelas tentang tarikh peristiwa tersebut berlaku.
3. Apa yang penting ialah pengajaran dari peristiwa tersebut bukanlah tarikhnya. Jika tarikhnya penting nescaya pasti akan ada riwayat yang jelas dan sohih dari sahabat-sahabat baginda.
4. Memperingati Isra' dan Mikraj di bulan Rejab adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi dan Ibnu Hazm RahimahumaLlah.
5. Tidak mengetahui tarikh sebenar Isra' dan Mikraj merupakan kejahilan yang tidak memudharatkan aqidah dan amalan.
6. sambuta yg dilakukan di kebanyakan negara umat Islam adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi RA

RUJUKAN.
1.Al Bidayah Wan Nihayah, Ibnu Kathir
2. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqallani.
3. Tafsir Al-Quran Al Adzhim, Ibnu Kathir.
4. Al- Isra' Wal Mikraj, Musa Muhammad Al-Aswad.
5. Qissothul Mikraj, Abuuna Al Marhum Tuanguru Hj Yaakub Pesagi
6. Fiqh Sirah, Syeikhuna Dr Said Ramadahn Al Buthi
7. Al Mustafad Min Qasasil Quran, Dr Abdul Karim zaidan.
8. Sirah Rasululah, Dr Muhammad Habash
9. Muhammad Rasulullah, Syeikh As Sodiq 'Urjun


Abu Basyir Al-Muqry
Darul Fikri Kuantan
29.6.2009

Tuesday, 28 June 2011

~Bercuti sempena Israk Mikraj~

Mama akan bercuti lagi esok... bukan EL.. tapi sempena Israk Mikraj. Org2 Kedah sume dapat cuti Israk Mikraj mama rasa....termasuk mama la.. utk menambah ilmu di dada pada yang nak baca... mama ada copy peristiwa Israk Mikraj dari  Blog Ustaz Nor Amin 


jom kita baca n menghayati isi kandungan nya..... 
semoga kita mendapat sedikit ilmu....

http://2.bp.blogspot.com/_zBzSd2d_WsA/TDgSvsSZxAI/AAAAAAAAAxk/lRnKAT1hsQk/s1600/langit.jpg



Sebelum Baginda di Israk Mikrajkan, Baginda dibedah dadanya oleh Malaikat Jibrail dan Mikail. Hati dan perut Baginda dibasuh, dicuci dan dibuang alaqah (ketulan hitam) iaitu tempat syaitan berbisik untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan air zam-zam. Setelah dicuci Malaikat Jibrail dan Mikail menuangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Baginda dan dijahit dengan menggunakan Khatimin Nubuwwah.

Selepas pembedahan selesai, maka Baginda di Israk oleh Malaikat Jibrail dan juga ditemani oleh Malaikat Israfil dengan menaiki Buraq. Berbagai tempat dikunjungi oleh Baginda ketika Israk . Setiap kali berhenti Malaikat Jibrail mengarahkan Baginda melaksanakan solat Sunnat 2 rakaat. Tempat-tempat yang dikunjungi ialah :
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Baginda akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan).
Ketika dalam perjalanan Baginda diganggu oleh Jin Afrit dengan Api Jamung.

Baginda juga dapat melihat berbagai peristiwa yang menarik, seperti :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad kejalan Allah (Fisabilillah) yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
  2. Tempat yang berbau wangi. Baginda diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang telah direbus oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan ia tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan.”
  3. Sekumpulan orang yang sedang menghantukkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala mereka disembuhkan kembali, lalu dihantukkan semula sehingga pecah pula. Demikian perbuatan ini diulang berkali-kali. Jibrail memberitahu Baginda: “Itulah orang-orang yang berat kepala untuk sujud (sembahyang) kepada Allah.”
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka juga dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.”
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: "Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : "Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.”
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : “Itulah dunia.” Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa Baginda turun dari Buraq dan mengimamkan solat dua rakaat kepada para ambiya dan para mursalin. Setelah selesainya solat, Baginda dibawa oleh jibrail 2 gelas air susu dan arak. Baginda memilih air susu untuk diminum, maka berkata jibrail “Baginda membuat pilihan yang betul, jika Baginda memilih air arak nescaya ramai umat Baginda akan sesat.” Apabila selesai Baginda minum, berlakulah peristiwa mikraj iaitu :
  1. Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  2. Langit Pertama: Baginda dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  3. Langit Kedua: Baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Yahya as.
  4. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
  5. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.
  6. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
  7. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa as. Baginda mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  8. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Baginda, Nabi Ibrahim as bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim as bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa Lah Ilaha Illallah Allahu Akbar Dan Wa Lah Haula Wa Lah Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Baginda dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  9. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Baginda menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  10. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Baginda masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  11. Tangga Kesepuluh: Baginda sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda. Allah swt : “Ya Muhammad.” Baginda : “Labbaika.” Allah swt : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Baginda : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah swt : “aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang”
  12. Selesai munajat, Baginda di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Baginda merayu kepada Allah swt agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Allah mensyariatkan solat 5 waktu kepada umat Islam, Baginda turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Peristiwa Israk dan mikraj merupakan bukti kekuasaan Allah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini juga sebagai ujian kepada umat Islam, kerana mengikut logik akal peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh sepantas 1 malam berlaku. Tetapi iman seseorang itu akan membenarkan peristiwa ini adalah benar dan merupakan peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam.

~WAD 6B HSB~



 Assalamualaikum.... salam bahagia... 
cewahhh baguih sungguh aih mama petang nie... ehehhe
mood ada sikit baikkk!!!

mama nak tempek gambar n citer time abah mama masuk wad mggu lepas... jom lah layanzz gambo walopon  abah mama tu bukan model yg cun.. muahhahaha
Abah mama operaation mata( boh kanta)

ni time dengar ceramah sblm operation....


misi (nurse) tgah boh ubat sblm p bilik bedah

Ni pun time tgah tunggu nak ke bilik bedah


taraaaaaaaaaaaaaaaaa ni selepas operation dah....





opssssssssssss yang ni plak gambar meja budak yg cuti lama... 
kan dah berlambak keje nk kene buat!!!

tolong abaikan yea gambar ini.....

Monday, 27 June 2011

~Jangan salah orang lain~

Mama tetiba teringat 1 peristiwa terjadi 2 hari lepas......masa mama tgah kusyuk tgok hindustan..
Anak dara mama msj2..... mama tau sekarang dia kerap mesej abah dia ( x hubby mama).
( pada yg tatau tu nnt tau lah yea ttg mama).. Mama x kisah sebenarnya sbb mama tak mo pisahkan kasihsayang anak ngan bapa... tapiiiiiii...

bila mama baca mesej2 dr pihak sana..... eh..eh...... ko ni x puas ati kew!!!....
ermmmmmm.. mama dah bg peluang utk dia bina hubungan yg baik ngan family mama tapiii... msj2 dia banyak ayat2 yg memburukkan mama..... kalo ayat tu thru kat mama ok fine.. ni bg anak dara tu baca... apa hal ko beb!!!!

Sori yea pada yg x suke baca entry ni, bukan mama nak buruk2kan sesapa cuma mama nak kalo boleh pasangan yg berpisah tu....(bercerai hidup mksd mama) jgnlah bina tembok yg tinggi sebab sian anak2. pastu jgn pentingkan diri sendiri. itu jew....

nota jari jemari : entry lepas geram pun ya nie.... ehehhehe

~kembali lagi~



Isnin datang lagiiii.... selamat bekerja dengan penuh semangat yea kengkawans!!!!
mama dah mula keje semalam....selepas bercuti 5 hari. Ingatkan nak habiskan keje2 yg melambak tapi semangat tu dah ke laut sbb mama tiba2 di serang gastrik...... uwaaaaaa sangat sakit sekarang.. Rasa cam nak MC ja. Tapi boss x dew pastu keje yg menanti seolah2 x bg mama MC.. ehehe caner tuh!!!

okay jap ag kalo mama ok sikit mama nak postkan n3 masa mama bcuti.... ok uolss... selamat buat keje... HAVE A SWEET DAY!!!

Monday, 20 June 2011

cuti yang panjang lagi...

Jeng...jeng...... cuti lagiiiii wehhh.. bestnya kan.. tapi walopon mama bakal bercuti 5 hari bermula esok, mama bukan nak p makan angin bagai.. cuma cuti untuk temankan abah mama yg akan di masukkan ke wad @ HSB 
( hospital sultanah baahiyah, alor star)......
ermmmmm 3 hari EL, 2 hari cuti mgguan..... so jumpa lagi mggu depan... ehehehhee
Mama rasa sgt sedih sbb mama sebenarnya sangat bersemangat untuk menghapdet tetapi masa adalah sangat cemburu ngan mama. Mggu ni sangat sibuk sebenarnya.

Korang nak tau??? ( sajork nak ajak bkongsi rasa ati) kdg2 bila kefedatapan datang, mama rasa eeee cam nak benti keje jew..... nak jd PRT.......ehehhehee tapi bila kenangkan balik, zaman sekarang sume nya memerlukan RM..RM..RM... uwaaa mana mau cekau kalo mama benti keje kan??? dah lew utang keliling pinggang....
tapiiiiiii kalo persekitaran di tmpat keje yg terkurengggg mmg itu yg kita rasakan..... korang caner??? 
ce citer2.....
apa pun bila mama luahkan rasa x puas ati tu kat cik abg.. dia pujuk ngan ayat yg paling jiwang.. so terus ilang sentap...... ehhehehehe mcm budak2kan......

okay mama xmo membebel panjang2 sbb mama tau mmg x dew yg baca pong... ekekkekek

sooooo jumpa lagi mggu depan....

Thursday, 16 June 2011

yeaaaahuuuuuu!!!!!!!!!

mama sangat n tersangat gembira....... tau napa???  kalo pg td mood tersentap tapi bila petang.. 
 wow!!!!!

kalo dulu mama adalah sgt jeles....bila tgok kawan2 dapat benda ni dari nuffnang...

 so bila budak kg mcm mama ni yg baru belajar mengesot lam dunia blog... huhuuhuhuuu nilai tu sgt banyak hokay!!!!! sangat banyak...... huhuhu apa pun tq nuffnang...

~hari-hari terakhir~

ermmm sekarang mama sedang meniti hari2 n saat terakhir.....
( ayat...... wakakakkaka)

mama oiii bangun apa ko mimpi2 di siang hari nie.... dah buang tebiat kew aper nih... ahahhahaha

mama rasa bukan mama sorang jew yg sedang berdebar2 n menanti saat2 terakhir......
x caye??? x cayer???? cer tgok kat sini sume member2 kat sini mcm mama jugak....
tau aper yg di saat2 terakhir??? ni hah

 

uwaaaaaaaaaaaa dah nak hbs....... dah xleh tgok keromantisan seth tan..... bleh camtu?? ahahhaha
mmg meletop drama ni......
ramai sgt peminat..... cer baca nie...




Tidak perlu disangkal demam 'Nora Elena' yang sedang melanda negara. Lihat saja statistiknya. Jumlah tontonan untuk episod 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di tonton.com.my, sementara episod 16 saja mampu menarik 80,000 tontonan. Biar betul!

Apa sebenarnya tarikan 'Nora Elena' yang diadaptasi dari novel terlaris 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha? Bila GUA tanya, sebahagian besar teman mengakui sebab utama mereka mengikuti 'Nora Elena' adalah kerana ingin menatap wajah Aaron Aziz. "Giler hensem!", "Aaron Aziz...OMG, he's so damn HOT!" antara reaksi mereka.

Tak kurang juga yang memberitahu tarikan 'Nora Elena' adalah pada jalan ceritanya. Ringkasnya, Nora Elena (lakonan Siti Saleha) ditinggalkan tunangnya, Idham (Zul Ariffin) apabila dia mendapat tahu Nora sudah tidak suci lagi. Tetapi muncul pula Seth Tan (Aaron) yang sanggup berkahwin dengan Nora.

Konflik bermula apabila Nora mendapat tahu suaminya, Seth, lelaki yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Walaupun Seth sudah insaf tetapi Nora masih tidak dapat memaafkan suaminya. Jadi, bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora dan memikat hatinya?

Kalau nak tahu, kenalah tonton 'Nora Elena' yang bakal melabuhkan tirainya pada 16 Jun ini.

Tetapi nampaknya bukan semua yang meminati 'Nora Elena'. GUA sertakan di bawah surat bantahan yang telah dikirim kepada GUA daripada seorang pembaca GUA.

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

ARTIKEL ADALAH DARI SINI
KREDIT TO GUA


ahahhaaaa... mmg melucukan.. hari tu mama mati2 ingtkan surat tu betul.. tapi bila mama baca sendiri kat blog cik geli.... ahahhahaaa mmg menggelikan ati.....

apa pun pada mama NORA ELENA ada baik buruknya... so cer pk sendiri.. ehehhehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...