I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama

Thursday, 31 May 2012

Puding sagu gula melaka.....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 Salam uols....

Mama masih kat pejabat.... baru nak balik... Niat di hati nak balik buat puding sagu gula melaka.....


nak resepi x??? ehehhee mama gugle2 cari jumpa kat sini.. nampak mcm sedap sangat.........

gambar n resepi adalah dr sini


Bahan-bahan:

Sagu Merah

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 titik sirap ros


Sagu Hijau

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
setitik perisa pandan
sedikit pewarna hijau


Sirap Gula Melaka

2 ketul Gula Melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan


Santan Lemak Manis

3 cawan santan
sedikit garam sedikit
daun pandan


Cara- cara :

Sagu Merah

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan sirap.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.


Sagu Hijau

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.


Sirap Gula Melaka

1. Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.

2. Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk


Santan Lemak Manis

1. Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.

2. Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.


Cadangan hidangan : Sedap dihidangkan sejuk-sejuk


mama memang copy paste betul2 k.... nnt mama publish rupa puding sagu mama buat ya....

Wednesday, 30 May 2012

Isteri vs maid............

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uols.... 
Semoga kehidupan kalian adalah baik seadanya....
Kehidupan mama agak terumbang ambing sekarang.... mcm membelah ombak yang ganas gittew,,, hah boley... ehhehehe.. x la, cuma mama agak bz buat2 bz  2 3 menjak ni...

org lain hr rabu jew mesti ada ww kan.. mama xnak ww hari ni tp nak bebel sikit berkaitan tajuk kat atas nun...

Kalo korang bersedia nak baca.. follow ai hokay... ahhahaha nk bg ilang kemengantokan slps lunch..

~ISTERI VS MAID~





Okay isu ni bukan berkaitan dgn yg hdp atau yg mati ya... cuma sekadar nak siapkan entry mama ni jew....

Mama rasa dlm dunia serba moden sekarang dh x ramai kot lelaki2, hubby2, ayah2 kat luar sana yang menggangap isteri sbgai maid... yea la dulu masa mama kat kg, mmg mama x prnh nampak pakcik2 abg2 adik2 yg kuaq sidai kain atau masak ke hapa ke kt umah sbb umah mak jauh sikit dr kejiranan kami...

Tapi bila mama tggal kat separa pekan ni, kat taman gittew, ramai taw mama lihat hubby2 yg rajin n ringan tulang menolong buat kerja rumah.... spt sidai baju & sebagainya...

Tapi selagi manusia bernama manusia, tetap ada yg lemah kan....
Sebab msh ada lg sebahagian insan2 lelaki budiman ni, yang msh berfikiran 
" kau isteri, semua keje rumah kau la kena buat, aku x layak nk buat semua tu"
may be x ramai golongan mcm ni, cuma 1 dalam sejuta kot.... ehehhee

Untuk yg berfikiran mcm ni, nak jew mama simbah ayaq ais kat muka bagi org ni sedaq yg isteri anda tu bukan tunggul kayu yg dok saja kat umah hokay.... Sebenarnya setelah seharian isteri anda bekerja di pejabat ( bg yg bekerja ), atau bertungkus lumus menjaga rumahtangga( bg surirumah spnh masa )
apa lah salahnyaa kalo isteri mnta tolong buang kan sampah atau apa2 kerja ringan yg x memerlukan peluh jantan anda menitik, tolonglaahhh...

Satu lagi, tak salah kot kalau anda menghargai apa yg isteri anda buat.... Sebenarnya dalam hati isteri mereka melakukan semua kerja adalah dgn penuh keikhlasan tak mnta apa2...
Tapi, jangan lah pulak anda mengutuk apa yg isteri anda lakukan kerana hati wanita adalah sgt sensitif sebenarnya walaupun mereka x pernah suarakan....
sesungguhnya
1 ungkapan "TERIMA KASIH" @ MAAF  dari suami 
umpama pelangi yang bersinar di hati isteri....

Tak salah mama rasa kalau sekadar nk ucapkan kata2 demi sebuah kebahagiaan yang panjang...
Buangkan sedikit ego yang menambat tangkai hati tu....

Isteri2 pula, kalau dah suami tu seorang yg ringan tulang, jangan la ambik kesempatan pulak yeaaaa......

opsssssssssssssssss panjang lebar kan mama berleter hari ni....
okaylah kalo rasa ia boleh di gunakan utk kebaikan, fahamilah ayat2 mama di atas.. kalo x.... jangan baca ataupun baca pastu muntah fink... ehehhehe

peace!!!!!!!!!!!!

SEPI DAN RINDU SEORANG ISTERI HANYA UNTUK SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI.

Thursday, 17 May 2012

Makan2 lagiii @ Puncak Kedah Restoran, Gunung Jerai

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uols.... 
Mama xmo taip panjang2 ag... uols tgok dulu gambar ni... nnt mama taipkan ya.. skrg mama ada hal sikit... ehhehehe
layanzzzz.......................










Wednesday, 16 May 2012

~WW~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Selamat Hari Guru

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


SELAMAT HARI GURU...


DEDIKASI KHAS BUAT CIKGU2 TERSAYANG KHASNYA..... 
DAN BUAT SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA...

Jasa n tunjuk ajar kalian adalah yang terbaik. Kerana jasa guru boleh mengubah seseorang untuk menjadi ORANG.... 

Buat guru2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, guru2 di Sekolah Kebangsaan Nami, Sekolah Kebangsaan Tualak..

TERIMA KASIH DI ATAS JASA KALIAN.....


dan,.,,

Hari ni juga genaplah tahun 7 tahun pemergian ayahanda mama tercinta...
ALLAHYARHAM ABDUL HALIM BIN YAACOB
Abah, Semoga abah akan di tempatkan bersama golongan org yang beriman, hanya doa anakanda bisa panjatkan untuk kesejahteraan abah di alam sana......


Al - Fatihah...


MAMA SENTIASA RINDUKAN GURAU SENDA ABAH MAMA...

Tuesday, 15 May 2012

Di lautan sepi.....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Terdampar seluas membiru masa hadapan,
terselit sedikit kegusaran dalam kesedihan masa silam,
Kita masih meniti jambatan hari untuk ke lautan hakiki,
Tapi pernahkah kita persiapkan diri.....

Kita meniti jalanan yang berduri, meredah onak badai yang berduri,
Tapi hempedu yang pahit akan manis jika ia sesuatu dari hati....

Kejujuran, kesetiaan itu rempah dalam resepi kebahagiaan,
Tapi Gulai kehidupan akan terasa payau jua jika tanpa iman....

KIta terus berlari lari mencari harga diri,
tapi kita tak mampu toleh mencari nilai abadi yang ada untuk diri...

Beralun ombak menghempas pantai, 
persis sang pasir yng setia di lambung gelombang badai...
Kita tak kan mampu menjadi sesetia butiran pasiran itu ...
Kerana kita adalah insan yang punya hati dan perasaan,
yang kadangkala mampu untuk merintangi halangan,
tapi kadangkala terkandas dalam memori luka.....

Kita mampu bilang kita akan sesetia sang punnguk untuk terus memuja sang bulan,
tapi kita jua harus terima hakikat kehidupan 
kita bukan burung yang akan terus menanti sesuatu yang tak pasti.....

Kita mampu untuk melafaz janji kerana ia semudah ABC, tapi kita belum mampu realitikan janji kerana kita insan yang kadangkala hanyut di buai mimpi......


Nukilan rasa :

mama insan kerdil.....

Monday, 14 May 2012

Segmen : Blogwalking Sampai Lebam

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uols.... Untuk pertama kali untuk blog baru mama ni dan 1st time untuk 2012 mama di tag untuk 1 segmen.....
mama di tag oleh cik adik Linney @ Sue tuan blog tentang kita


Segmen : Blogwalking Sampai Lebam






Buat semua teman2 mama yang budiman & budiwomen
KORANG WAJIB JENGAH N FOLLOW  BLOG MAMA YANG CUN NI ( ni mama jew yg rasa), SEBAB KAT BLOG MAMA NI UOLS LEH BACA MCM2 CERITA TAPI SEMUANYA ADALAH TTG KEHIDUPAN HARIAN MAMA.... SUKA TAK SUKA KENA JENGAH TAU.... ehehhee 
BAK KATA PEPATAH " TAK KENAL MAKO X CHINTO.... " ahahhaa

apa pun mama sayang uolss semua......


mama nak tag insan2 terpilih yang mama sayang ;

pizet
mamagee


KALAU ADA LAGI SESAPA BERMINAT NAK JOIN KLIN KAT SINI YA....

Buah hati.....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Salam uols.... 
haiii saya darwish...... kt sebelah saya ni abg saya, danish.....
hari ni kami tolong tok lang kami untuk update blog dia yg x cun ni... hik3... 

kami ni kembar uols... kami comel kan??? kan2??? ngaku cepat!!!! ahahhaa
Uols.... tujuan kami masuk blog tok lang kami ni, kami nak minta semua kawan2 toklang kat blog ni
tolong doakan abang kami... abg danish.....

abang danish dah dekat seminggu dekat NICU Hospital Sultanah Bahiyah....

Sian abang taw.... tetiap hari kena inject, kena ambik darah ngan doktor...
Doktor cakap , paru2 abg danish rosak.... sbb tu doktor tebuk buang air,.... sian abang kami kan....

Uols semua.... tolong ya doakan yang terbaik buat abang kami... Semoga abang Danish cepat2 sihat... x sabar nak main dgn abg danish..... Rinduu abang sangat2...



Sunday, 13 May 2012

menyambut hari ibu haram jika..........

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

HARI-HARI merupakan Hari Ibu...
SAYANGI Ibu kita tiap2 Hari~ (^_^)

Rujukan : Syed Abdul Kadir Aljoofre 
Semalam di Masjid Serendah saya ditanya tentang hukum menyambut Hari Ibu. "Saya jawab haraaaammm!!! Haram jika hormat sehari, kurang ajarnya setahun." hehe. Kalau nak sambut dgn niat yg baik untuk menjadikan ibu terus menerus rasa dikasihi dan disanjungi silakanlah. Ia satu adat yang baik. Tak perlu pedulilah kalau ada yang kata ia haram kerana contohi orang kafir. Yang penting niat nak buat bukan kerana contohi orang kafir, tapi utk sanjungi ibu. Buatlah ibumu tersenyum keranamu setiap hari selagi dia masih ada. Ibu saya sudah lama pergi. Senyuman beliau di dalam mimpi kami. Anda yang masih punyai ibu, manfaatkanlah hari bersamanya.
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Selamat Hari Ibu .....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uolsss.... Hari ni 13hb Mei 2012...
Hari Ibu2, Mak2, Mama2,Amma,Mummy, Ummi dll untuk merasa di hargai...
Tahun ni tahun ke 10 mama bergelar ibu kepada seorang puteri yg dah sama besar ngan ibunyaa...


Sesungguhnya Mei adalah bulan yang palingggggggggggggg memberi segala erti dalam hidup mama... byk kenangan2 hidup mama bermula pada Mei...... selain dari Hari2 penting yg kena ingat..

So... Untuk yang pertama di bulan Mei....

SELAMAT HARI IBU buat ibu2 ku tersayang.

MAK, HAJAH SAHULIAH SAAD

yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan, memberi kasih sayang, didikan yg secukupnya buat diri ini.... Jasa mak sesungguhnya bukan nilaian..... tiada tandingan.. Mak adalah ibu yang terbaik, ratu hati, permaisuri di jiwa ini.... Pengorbanan mak membesarkan diri ini sendirian adalah sangat222 tak mampu untuk mama lahirkan trilion tima kasih.....

Mak, Selagi ada hayat diri ini, insyaallah, chek akan menjaga segalanya walaupun sebenarnya chek x mampu nak balas jasa mak yang menggunung itu..
love u mom 4-eva.

buat MIL..... PUAN NORLIA OTHMAN
Mak, terima kasih sebab sudi bermenantu kan saya yang serba kekurangan ini. 
Jasa mak membesarkan anak2 mak juga bersendirian amat meruntun jiwa n hati ini.
Sesungguhnya Mak ada lah yang terbaik buat anak2 mak, menantu2 mak & anak cucu mak.




buat Mak Ah....
Terima kasih mak sebab masih sudi menjalinkan kasih sayang yang terputus dulu. Terima kasih juga sebab menjaga arwah abah dengan sangat baik.....

Buat sahabat2 mama..... kwn2 blogger yg mama kasihi, semua insan2 yang bergelar ibu, mama, ummi, mummy, mak, dan apa saja....

SELAMAT HARI IBU juga buat kalian yaa.... Sesungguhnya HARI IBU ADALAH SETIAP HARI SELAGI NYAWA KITA DI KANDUNG BADAN......


berbunga rasa hati bila anak dara mama bg kad semalam






Friday, 11 May 2012

HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR.

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uolss....
Mama tengah di serang penyakit B.O.S.A.N yaamat........

Tengah lepak kek spital ni....dah masuk 4 hari der.....
opss bukan mama yg sakit... Mama sekadar menjaga abah yg operate mata...

Bila sekadar menjaga tu, ahhahaa bermakna mama juga sedang menternak lemak di badan...
Kalo korang nak taw, kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ni... makanan kat cafe nya... wallawehhhhh sedap siot kot...murah2 lak tu.... ehehe so apa lagi... kerja menternak lemak ja lah mama kan...

layanzz gambaq ag...



ada koridor yg sngt luas.... best jew ambil angin dr tingkat 6..HSB..


abah yg dah boring ya amat....


pemandangan jam 8.30 pg dr tingkat 6 HSB




HARAP SANGAT ABAH DAH LEH DC HARI NI...... SEBAB ADA PROJEK BARU SDG MENANTI MAMA...

Wednesday, 9 May 2012

The Regency Jerai Hill, Gunung Jerai, Kedah

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam bahagia uols.... 
Dah berminggu rasa nya mama x update blog mama ni kan... Banyak citer gak nak kongsi kat sini... so hari ni mama ada byk masa terluang jd tnpa membazirkan masa mama nk jamu mata uols ngan gmbaq2 yg best pada mata mama laa.. ehehhehe(adaakukesah)

Mama dapat tugasan baru dr bigboss utk survey tmpat kursus.. waahhh peluang beb... Maka, Khamis minggu lepas mama & bos2 mama ke The Regency Jerai Hill, Gunung Jerai, Kedah..
Wallawehhh time mama otw naik gunung tu... ujan adalah lebat hokay... memang berdebo gilo ati ni.... 
Mujur laaa semua nya selamat... Bila sampai ja kat atas nun... Subhanallah.... 
Sesuatu keindahan yg penuh keajaiban terbentang di depan mata....

So.. jom uolss layan gambaq2 mama kat sana... jom...


Kabus yg tebal... time ni msh ujan..


Ni mcm lobi tu la.... ehehhe


ini Eksekutif Room kalo x silap mama.... nnt mama tunjukkan keadaan dalam bilik..





Ni baacan Celcius utk cuaca tengahari tu..


Orkid hutan yg sangat2 cantik

Sejuk mata memandang kan..


tempat lepak paling nyaman,,,



Dewan yang sangat besar..


Pemandangan dari luar jendela gambar di atas..



Bilik Mesyuarat yang sangat selesa n luas....

dan

*
*
*
*
*

Inilah Sales Manager yang sangat baik, peramah bersama tuan tanah kedaung yg comey....
 ( sila muntah fink... ) ahahhahaa

Sesapa yang berminat nak naik gunung untuk tenangkan fikiran... 
boleh contact Cik Aishah Shaari 
or
Email : aishahtheregency@yahoo.com

gambar adalah hasil sumber kamera kesayangan mama tanpa di edit... ahahhahahaa
( kecuali yg bawah sekali tu )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...