I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama


Saturday 31 March 2012

bila mesin bergerak tanpa minyak.....


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Salam uolsssssss.....
pagi sabtu yg sangat tidak produktif......
ehheheeee mantok jaa.......

motip tajuk mcm tu????
sesajer,,,,,,
tatau nk boh tajuk apa...
cumel jerk baby ni mantok... ehhehheeee.. 

Friday 30 March 2012

best kan kalo...................

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uols...... rehat n bercuti di rumah adalah sesuatu yang best.. 
tapi kdg2 memboringkan ya amat kot....
so...... mama kalo cuti rasa cm nak tdo xnak bangun2... ahahhahahaaaa boley gittew???




Thursday 29 March 2012

Deting.............


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam uolss..... 
hari ni mama sajork gedik2.. nak poskan n3 ttg citer yg dah berapa bulan py citer nih...
uolss tgok gambar pon sure dh taw berapa bln py citer kan...


*
*
*
*
mama dgn anak dara mama!!!
mcm adik ai x???

hah........ dr musim ombak merindu lagik.... ehehhehe

ombak rindu bah!!!!!!!!
kalo yg mmg x kenal n rapat ngan mama, uols mesti taktau yg ombak rindu memang berhantu buat mama
sebab???

kerana ombak rindu mama menjejakkan kaki buat pertama kali...
pertama kali hokay!! kagum n jakun ngan diri sendirik!!!!
ke  PAWAGAM....
 serius nih wehhhh.. kalo korang rasa nak gelak pon gelak laaa...

so ni filem pertama yg mama tgok kat panggung.. n tqvm buat sahabat baik mama, cik Ct yang belanja mama tengok wayang... 

utk 2nd time, pakwe mama dah ajak mama tengok " BUJANG TERLAJAK"..... sangat indah taw bila leh lepak2 manja ngan org tersayang... tp tu laaa mama msh x dapat nk kuaq deting smbil tgok wayang ber 3 lagi.... sebab hubby cuti anak dara mama sekolah... time anak dara cuti, mama ngan abah lak bz... huhuhuhuu hbs camna... 

MENIKMATI MASA BERSAMA KELUARGA SESUATU YANG INDAH

selamat pagiiiiiiiiii duniaaaa

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




Good Morning Orkut Scraps, Comments, Greetings

Wednesday 28 March 2012

WW

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Have a nice day, Good Morning
| |

Tuesday 27 March 2012

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Monday 26 March 2012

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam bahagia uols..... 

Mama sekarang mood tengah keserabutanmindadanjiwa......

so mama rasa mcm nak jew p dok kat pulau mcm gambo kat bwh  ni..

kurun bila laa leh p lepak2 kat tmpt cmni kan...



air = sejuk... bila kita panas cr lah air @ wuduk untuk sejukkan diri... peace!!

Sunday 25 March 2012

korang ade????

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



hantaran untuk bakal suami yg suka merempit...... idea untuk bakal pengantin.. 

otak yg dh berojak........

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Saturday 24 March 2012

Selamat Beristirehat...........

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




Friday 23 March 2012

Renungan bersama....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
sumber : iluvislam

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya. Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

KUALITI HATI

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Sumber Text: Gentar Rasa

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: ""Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita."" Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah 9: Ayat ke 40)

Thursday 22 March 2012

nak beletiaq kat sini sat.....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam bahagia uols....

Dah banyak hari mama kehilangan mood nk hapdet.. adess dh tua2 ni, nak mengarang pon malaih...
So, hari ni mama saja syok2 nak beletiaq sikit kat blog mama ni....

Mama rasa sekarang ni hidup mama agak sedikit kelam kabut.... rasa mcm masa 24 jam yg ada ni nk kena tambah 12 jam lg atau jd 48 jam untuk sehari.. eh... aci x ni... ahahhaa sengal je kan.. 
tapi dlm kelam kabut ni mama rasa mcm eh.... kalo pk2 balik ruginyaa aku sbb baru merasai nikmat kelam kabut nie... ahahhahaa..

eh uols taw x apa motip mama dok beletiaq ni????
ahahhaaa ni pasai hidup baru mama ni la.. kan la ni mama dok sendiri... dok umah sendiri..
jap2 uols tgok kat bwh ni apa perbandingan hdup mama dulu ngan sekarang....

Dulu

Bangun koi 6.30 pagi.... just siapkan diri ngan anak sekolah jerk.....xpyh pk nak masak apa pg ni bagai...
sebab? mak ado..... ahahhahaa

Sekarang

Bangun koi 5.00 pagi... kena siapkan diri, kemas umah sikit2 apa patut... terkejar2 siapkan bekpes 
( kalo hubby ado kek umah lorr ) kalo sendiri nasi bungkus lorr

Dulu

Jarak dr umah mak ke opis 10 min jerk... 

Sekarang

Jarak dr umah ke opis 30 min

Dulu

Boleh kongsi apa citer ngan mak, balik2 trs jew ngadu apa2 ngan mak

Sekarang

tetap ngadu ngan mak kalo ada apo2 tp masa sgt sikit...

Dulu 

Balik keje terus ja buka tudung n makan.....

Sekarang

Ambik ko sambil drive ko pk la nak makan apa, nak masak apa...

dannnn banyak lagii sebenarnya.... tapi bak kata kawan baik mama, za

syiokkk owwwhhhh dok sendiri....
mama memang tabik spring toin2 la kat makcik.... ahahhahaa sebab memang best wlpn sedikit penat.. ahahhaa penat kew?? padahal nk urus diri sendiri ja pon..... ahahhahaa

HIDUP PERLUKAN HIJRAH UNTUK MEMATANGKAN DIRI






Tuesday 20 March 2012

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


 

‎::::jalanilah hidup seadanya...teruskan tersenyum walaupun ada kalanya kita menangis...teruskan melangkah walaupun ada tikanya kita rebah...hidup tak menjanjikan yang indah semata kerana yang pahit sebenarnya mengajar kita untuk mengenal erti kehidupan yang sesungguhnya...nikmati kehidupan sebaiknya agar setiap detik menjadi kenangan yang terindah sampai bila-bila .....~ KuYa 

( ayat copy paste drpd Ku Ya member FB )

Friday 16 March 2012

Untuk isteri mithali.......

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

copy paste dr FB


Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Oleh: Idris Bald

Thursday 15 March 2012

Nafsu......

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Nafsu ada 7 jenis,iaitu :

1. Nasfu Amarah
»» adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
»» mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
... »» mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
»» adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
»» golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
»» nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
»» mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
»» adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
»» walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
»» mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
»» adalah nafsu yang lemah lembut.
»» mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
»» mereka adalah wali kecil.
»» golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Radhiah
»» adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
»» mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
»» mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamilah
»» adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
»» adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Wednesday 14 March 2012

Dulu & sekarang...

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam bahagia uols... 
Mama  sekadar nak upload gambar utk tengok perbezaan mama dulu n sekarang....
pastu bila peghati tengok cuma beza tang spek mata tu ja kot... besarnya tetap sama atau lebih besar....ehehehheee

hahhahaaa gmbar kanan bawah tu... muka besaunyaa...


sengalnyaa tetap sama....


yg ni tatau nak kata... cuma yg pasti baju putih tu adlh sgt blur....


BAGI YG MENILAI MAMA MGKIN TIDAK BERUBAH, TAPI BAGI MAMA BANYAK YG BERUBAH TENTANG HIDUP MAMA......PENGALAMAN MEMANG GURU TERBAIK...

Saturday 3 March 2012

Cuti2 Melaka

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Hai uolss...

Cerita ttg Melaka ni adalah berkaitan dgn men ais td tu.... mmg cerita basi kot.... tp mama nak juga buatkan n3... ehehhee sabo jerk lah ya......

layan gambo jom2......





















Friday 2 March 2012

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Haiii uolss...

Malam ni mama nak share gambar anak mawi & ekin...
Harap uols masih kenal Mawi wlpn dia dah seolah2 hampir hilang dr dunia glem.... opsss sori kalo kata2 mama ni silap....

so, mawi ngan ekin ni kawen tahun n bulan n hari yg sama dgn pkahwinan mama...
tapi see dia dah dpt anak k...
Mama jg non ado....

Apapun TAHNIAH kepada MAWI & EKIN di atas kelahiran puteri yang sgt shumelll

"CAHAYA MALAIKA"
yang bermaksud
"CAHAYA PERMAISURIKU"
Gambar Anak Mawi Dan Ekin

GAMBAR & CERITA ADALAH DARI

M@in @is...... part 2

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Salam uols..... ehhehehee nak wat entry pon kena ado part2 kan adesss....

ok mcm mama janji ni gambar mama masa kat Snow Walk Shah Alam...
2 x mama ke Snow walk dlm masa sebulan... ehehhee hebat x??? opsss jgn salah faham yea uols... 1st time mama pegi... wahhh mmg jakun habis.... maklum laa baru 1st time kan...
Mama pegi pada 20hb Jan.... masa ni p sbb nak survey segala.... sbb mama jd SU2 utk family day 2012... thn ni kena cwgn mama sebagai urusxsetia.... ehehhee so apa ag ambik kesempatan habis2an arrr..

2nd time masa familyday..... 2nd time ni mmg best gilossss sebab???

bersama ngan my luv hubby n anak dara mama....

xmo taip pnjg2 arrr kang borink.... jom la tgok gambaq ala kadar mama ni...



mula2 masuk sejuk itu adalah kurang...


masuk ke dalam sikit ko dah leh la kalo nak rasa mcm ikan yg di bekukan..

memanggg sejuk gilaa hokay uols...





with my love....
anak dara mama bila masuk dlm ni hilang terus ngan BFF dia... 
main segala yg ada dlm snow walk ni....
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Good Morning Orkut Scraps, Comments, Greetings

More Beautiful Orkut Scraps

yeaaaaaaaaaaaaayyy Jumaat lagiiii

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



TAK MAMPU UNTUK MENGUNGKAP WALAU SEPATAH KATA TTG PERASAAN INI

Thursday 1 March 2012

Hajah Abby yang semakin cantik...

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam Bahagia uolss....

Tengah mama belek2 FB td.. terjumpa posting ttg Hajah Habsah Omar ( Kak Abby Fana)
Wahhh dah lama mama cari camna rupa kak bed tu lps kembali dr menunaikan ibadah Haji baru2 ni....
Alhamdulillah Kak Bed dah semakin comel, chantek.......


Hidayah Allah yang tidak boleh di pertikaikan......

M@in @is......

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


gambar saja dulu... entry lain akan menyusul.. insyaallah...
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Salam bahagia uols...

Hari ni 1hb Mac 2012..... genap 11 tahun n nak masuk tahun ke 12, mama berkhidmat di PPNK...
Rasa mcm br semalam mama jejakkan kaki ke pejabat tempat mama bekerja sekarang.. melangkah tanpa apa2... tanpa ilmu, tanpa pengalaman.....

Tapi selepas 11 tahun... Alhamdulillah.. di dada mama ni dah ada separuh ilmu n pengalaman...
Biarpun dari mama merangkak mengenal erti alam pekerjaan hingga lah sekarang mama rasa mama dah mampu berlari bersama kwn2 yg lain dlm menjalankan kerja2 yg di amanahkan....

Terima kasih yang amat sangat buat boss2 mama..... yang banyak mengajar mama melalui denai kehidupan penuh ranjau ini...

Walaupun dah bertukar boss silih berganti tapi Arwah Ahmad Nordin Jaafar adalah boss kesayangan mama.... Mama banyak terhutang budi ngan beliau.. semoga Arwah di tempatkan bersama golongan orang2 beriman..... AL - Fatihah....

okaylahh saja mama nak coretkan di tarikh ini untuk tahun ke 12 mama bekerja.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...