I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama

Tuesday, 30 August 2011

~RAYA 2011~



Salam Syawal uolss.... per citer hari ni???? Raya mama mcm biasa sajork.... lepas solat tadi balik tlg mak sediakan rendang ayam yg x sempat di masak semalam ngan laksa, terus mama bersiap ke umah MIL....
Sistem giliran mama mmg mcm tu ya.... kalo kena gilir cik hubby. lps solat terus ke Umah MIL.... kalo gilir umah mama, hari raya malam baru kitorang balik umah MIL.. ehehhehe aci x???? bukan sistem QC tau... tapi ini perjanjian berhemah.. ahhahaha ( gelak jaat!!!!)

ok muka laki bini dalam biru utk aidilfitri 2011


ok ni muka org baru baik dr demam....

Ni plak pink ros dari cik hubby....
( kalo nak tau setiap kali raya mama akan dpt ros tau!!! )


muka epy dpt mungew.....


ni gmbo kat kedai bunga tadi...

shantekkkk sangat

ok yeaaa ni mama tengah menaip entry dalam perjalanan dari aloq staq ke Yan 
ehehhehe.....

Monday, 29 August 2011

Yeaayyyyyy!!!!! esok raya.....

Salam Akhir Ramadan n salam Syawal buat semua teman2 mama!!!!!

Yeahh malam ni adalah malam terakhir Ramadan untuk tahun ni...... Sayuu sangat rasa... sbb tahun depan belum tentu lagi mama akan dpt berpuasa n menyambut syawal bersama keluarga kan..... Apapun mama akan berdoa supaya di panjangkan usia untuk terus beribadat kepadaNya......

Sebenarnya mama tengah x sihat.... mama demam sejak hari pertama mama cuti.... sampai lah hari ni... mujurlah cik hubby dpat bercuti awal sehari dr jangkaan..... Maka dapatlah mama bermanja lebih sikitkan. ehehhehe... Hari ni selepas 2x jumpa doktor, mama dah semakin ok.... kalo x esok alamatnya kena beraya atas tilam ag lah jawabnya.. 

Tahun ni seronok sangat mama tengok anak dara mama.... excited betul.... posanya cukup sebulan... habis tu dengan sume orang dia mnta wet raya.. ehehhe...

Untuk persiapan raya esok alhamdulillah sume dah selesai... opss mestilah dah selesai kan dah esok mmg dah raya kan.... 
1. Pakaian - Utk hubby 3 psg, anak dara 4 psg, mama sndr 2 jew...
2. Baru lps masukkan wet raya lam sampul ngan hubby.....
3. Kuih - beresss.. ada yg mama tunjuk2 jew ada yg mak buat.. tp kek buah mak da best hokay.... nyummyy...

yang lain2 tu mcm biasa jew...
mama adalah kemalasan tahap tenuk utk ambik gambar sbb keadaan yg msh blurr!!!!

Ok salam aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Mama n family.....

Wednesday, 24 August 2011

S@L@M @IDILFITRI....


Salam penuh kebahagiaan buat semua.... Selamat menyambut Aidilfitri...

Mama rasa cam terlewat sangat nak ucapkan salam aidilfitri, sbb ramai sgt tgok dah wish.. ehehhee

Apapun........ 
Mama menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai selama uols mengenali blog naif mama ni, mama ada melukai atau menyakiti hati sesapa ngan coretan jejari mama....

SALAM AIDILFITRI....... IKHLAS DARI MAMA & KELUARGA



Get more Hari Raya : Click here


Tuesday, 23 August 2011

Dah nak raya...........

Salam Ramadhan... Salam bahagia uolss...

Ramadan dah hampir nak meninggalkan kita....... dah 23 hari kita berpuasa kan.... rasa sekejap sgt kali ni..

So uolss dah buat persiapan ke untuk berhari raya????

 Mama plak masoh blom buat apa2 persiapan pun......
Raya tahun ni paling lambat mama buat persiapan...
opsss sebenarnya untuk diri mama jew.... Untuk cik hubby mama ngan anak dara mama tu mama dah belikan baju sorang sepasang..... Insyaallah kalo ada rezeki mama nak jew tambahkan sorang sepasang lagiii...

Hari tu sebenarnya mama dah upah buat sepasang baju kurung,,,, tup2 cik hubby nak warna lain lak utk raya kali ni... so mama dah belikan baju melayu idaman kalbu dia tu... cuma baju mama jew lom dapat lagii..

Itu pasai persiapan..... pasai cuti lak camna??? korang dah dapat cuti ke??? mesti yg jauh2 dr kg halaman tu dah tggl jasad jew kan hati msti dah kat kg....

Korang kena turn kg sapa??? cewaaahh mama ni asyik tanya jew kan.. yea lah mama ni kalo org ty nak blik kg bila???? ehehhe tiap2 hari mama kat kg.. tiap2 hari mama jumpa ngan parent mama..... so mmg x dak lew lam diari hidup nak blik kg kan sbb mama mmg kat kg...
kdg2 dulu mama prnh jew berangan, oh nak balik kg!! nak rasa naik bas smbil layanzz laguu sudirman... waahhhh....... tetibeee.... ehehhehee

okay laaa nnt mama merepek lain yea... nak layanzz keje jap,,,, sbb start Jumaat ni mama dah cuti....... so kena arr pulun wat keje kan...


Sunday, 21 August 2011

mood ahad yang terbang!!!!!!

Saturday, 20 August 2011

Yang datang & pergi....

Salam bahagia, salam sejahtera, Salam Ramadan...
Hari ni 20hb Ogos 2011, bersamaan  20 Ramadan 1432h..
Satu hari yang mempunyai 2 kenangan yang terpahat di hati mama untuk selamanya...

Semalam, adik mama msj  bgtau yang anak sedara mama dah bersalin bayi kembar.... Alhamdulillah...
semuanya selamat.... 2 bayi lelaki kembar dah menjadi ahli keluarga baru kami..

Dalam pukul 3 pagi, anak sdara mama col lak bgtau yg tok su ( adik tok mama sebelah abah ) meninggal dunia.......... Arwah tok su yang dah sakit beberapa bulan tapi mama x sempat ziarahi.... agak terkilan hokeyyy!!! 

 Maka hari ini, selepas pengkebumian arwah tok su, mama dan rombongan cik ah dah ke HSB untuk melawat org baru kat sana... sgt comey cucu sdara mama tu......
Tahniah buat Su & Heri ( wlpn derang x prnh jengah blog mama pon )


Ni gambar si kembar yang di blutot oleh mama derang untuk nenek derang ni tgok td.....

Ni si abang.. ( blom ada nama ) 


Ni si adik......2 orang kembar yang muka cam si kakak yg shumell....


note : pssttt.. mood mama sangat ceria malam ni..... cik abang kt sebelah temankan mama taip entry nih... ehehhehee 

Friday, 19 August 2011

Akhirnya....

Salam bahagiaa....

Akhirnyaaa mama dapat apdet blog mama selepas 2 hari x leh...
caya x.... kalo mama kata mama tgah update blog lam keta...... sambil menunggu mak ngan abah mama yg tgah suping tuuu.... pyh nak parking so tggu lam kete lorrr kat teepi jalan.. ehehheee

ok nnt balik mama kasik apdet laagi yeaa....

Wednesday, 17 August 2011

~wordless wednesday~

tak perlu kata apa2.
senyum sajork!!!!!



kenapa ni????? jom cer ceria2.......


Sunday, 14 August 2011

~Dulu jauh.. sekarang dah dekat!!!!~

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Salam Bahagia buat teman2....

Cer tgok tajuk mama???? apa pndpt kwn2 ttg tajuk tu???
tapi apapun tajuk tu bukan pasai PJJ mama okay... mama tetap PJJ ngan cik abg... tetap seminggu sekali jumpa.....

Mama cuba nak kongsi pasai kejadian yg menyayat ati di bulan yang mulia ini...

Malam Jumaat tu Mak mama dapat 1 msj dr sepupu dia yg tggl kat kg kelahiran mama..
Khabar yang menyedihkan.....

Amuk berang ditegur






DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek.
      
KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental.
  Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.  


Saman Sirun, 60,  yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus  pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51,   menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.


  Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun  baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki  Proton Iswara.
   “Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran  dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising. -HM-






Mama rasa ramai yang dah tau pasai citer ni kan... erm... mama tumpang sedih sbb kejadian ni berlaku dekat sangat ngan tempat mama.. walaupun mama x kenal sangat ngan mangsa... tapi mak mama kenal.... mama tggalkan kg tu masa umo 7 thn so.. skrg lak jarang2 balik.... mmg x kenal sgt la... kalo dulu mama cuma dgr citer ni di luar dr kg halaman, luar dr negeri Kedah ni.... tapi sekarang ermmm dah dekat tu...... apapun, Al Fatihah untuk mangsa.....





Friday, 12 August 2011

~ mencari mood!!!!~

Salam bahagia... 
Mood masih kekeyangan melanda.... ehehhehe

Masa mama membelek blog sendiri tadi.. opssss dah banyak hari ghupe2 nya mama x update kan... haisshhh.. apa alasan nak bagi nie.... kwang3....
Tapi minggu ni mama mmg bz sikit.. x sempat nak lepak lama2 pon lam opis... pastu malam2 bila buka jew lappy nak update, huh,,, line beruk mama adalah sedikit lembap!!! bila ngadu ngan hubby kata beruk lembap... dia leh kata,, dah pakai yg murah nak laju2.... sapa nak bg.... tepuk dai sendiri daa.....
betul gak.... 
Mama selalu keje luo dr opis mggu nie.... semoga mggu depan leh lorr lepak2 manja kat opis tu... ermm

Hari ni mama cuti.... pon x leh memanjakan diri di umah.... Mama ke umah kawan mama tadi... Puan Zuhaiza... Mama bawa cik pinky mama ni utk berjumpa doktor... opss maksud mama suami Puan Zuhaiza ni.. doktor lappy.... mama puas ati sgt2 ngan perkhidmatan En. kay run.... Tq ya za n kay run.... dekat setengah hari mama lepak kat umah derang mengaco hari cuti... ehehhehee ampun ya buk  n bapak.... Nak wat camna, hamba ni kan budak baru belajar......

Pada kawan2 area aloq staq n jitra kalo nak dapatkan perkhidmatan berkaitan lappy boleh laa kontek Puan Zuhaiza... nak kenai dia cer sggah blog dia..... http://haizatart.blogspot.com/ okay cer sggah k.....

apapun nanti kalo mood rajin mama singgah, mama akan update blog secara marathon okay.. ahaksss....

Tuesday, 9 August 2011

KEPENTINGAN AIR TERHADAP KESIHATAN


 KREDIT TO UP TO MU

http://3.bp.blogspot.com/-B_xe3IoSc70/Tj9R7IfCViI/AAAAAAAAASE/pAnaFEU4LiM/s1600/30-drinking-water.jpg



Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
    Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
    Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
    Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
    Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
    Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.



Monday, 8 August 2011

~bersiaran secara langsung.....~





Salam bahagia uols..... n selamat malam...

Mama tengah berehat kat atas tilam sambil menaip entry.... wahhhhhh tabik spring untuk diri sendiri...
Mama rasa cam tak percaya jew... n betul2 x sangka.....

yea lahhhhh selama ni mama cuma mampu update blog dr pc opis jew...... tapi malam ni...
mama dah mampu untuk menaip entry ini dari lappy n bodben mama sendiri.....
opss.. tetiba mama rasa terharu.... ehehhehehee tau x napa mama terharu?????

sbb nieeee

ni buah ati baru mama.... hadiah dari cik hubby...
n tadi mama dengan gigihnya merajinkan diri untuk mencari bodben.... cik hubby adiahkan lappy ni smpena besday mama mggu lepas tau...... Inilah adiah palingggg mahal n berharga dalam diri mama...

apa pun... mama sangat menghargai pemberian incik hubby ini.....
lepas ni mama berazam untuk merajinkan diri menghapdet blog ini.......
 ehehhehehee

saja nak tayang muka....... xdew motip......

Salam bahagia uolss.... hari ni mama saja nak tayang muka.... 
ehehhee aci kan...

tatau nak buat apa dah lah ni...

Thursday, 4 August 2011

~Langkawi Giveaway!!!~

Mama teruja jugak nak join giveaway ini wlpn dah di saat terakhir kot nih...... 
jeng...jeng..... 
mana lah tau kan ada rezeki org Kedah kali nie.... ehehhee

Jom kita join reramai jom!!!! masih ada waktu ni dong...


Assalammualaikum

Ingat tak ngan n3 INI....hehehe..setelah dipikir2 keputusan pon telah dibuat.
Apa salahnya kalau buat GA, lagipun kan saya masih lagi dlm mood cuti2 Langkawi.
Kali pertama anjurkan GA, rasa berdebar2 lak...Jom tgk syarat2nya

Syarat-syarat penyertaan:

Jadi follower blog ni  / dah lama dah follow...
Letak banner di atasa di sidebar blog & linkkan ke sini / ok dah siap
Post satu entry bertajuk ~ Langkawi Giveaway ~ / dah buat ni
Tinggalkan link entri korang tu dalam ruangan komen entri ni / done!!!
Tag 2 orang kawan (kalo lebihpun tak per =) / dah tag...

Tarikh Tutup 07.08.2011


Jom kita tgk hadiah pula


Hadiah Utama

~ raya nanti leh guna *___* ~


Hadiah Saguhati

~ tak dpt nk bagi ole2 dr Langkawi sbb bila dh balik baru sedar tak banyak brg yg ku beli, tapi jgn risau hadiah saguhati pon menarik & simple~

Mama nak tag :


Menu berbuka..... hari 1...

Hari ni adalah hari ke 3 kita berpuasa..... korang camna erk??? Mama harapkan sume nya dapat menunaikan ibadah pose tanpa sebarang masalah...

Mama aja nak share menu mama untuk hari pertama.... 
so simple... menu org kampung la katakan..


Ni masak lemak pucuk geti
( atau kata mama gee pucuk turi??? erk ntah ler mama lupa lak )


So simple kan... yang paling penting air nya.....

Mama epy sangat pose kali nie... sebab cik abg mama tengah bercuti.... 
so dapat lah bersahur n berbuka bersama2...... itu yg paling penting dlm hidup mama sebenarnya...
Dapat menjalani kehidupan seharian di samping semua ahli keluarga....

ermmm esok cuti cik abg dah habis.. lepas ni seminggu lak baru leh jumpaa....
okay lah tu kan, sebab mama rasa ada lagi insan di luar sana yang lagi lama berpisah ngan suami @ isteri demi mencari rezeki untuk keluarga tercinta kan....

Wednesday, 3 August 2011

Ally Iskandar putus tunang??????

Salam bahagia.... salam sejahtera
Mama terkejut masa baca citer ttg ally nih... ntah la betul ke x....

kalo nak tau cer baca kat sini

http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/08/5447554515_df2eeb5e81.jpg
Pasangan yang sangat sepadan..... pd pendapat mama lah...

~ tak perlu kata apa2......~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...