I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama

Tuesday, 31 May 2011

~mengimbau kenangan silam ~

Kenangan la sangat kan...ekekee.. mama dah lama nak wat entry ni dari blog NURKASIH lagi.... tapi apakan daya masa tu mmg tiada kesempatan... ecececceee sekali feeling bz mcm YB lak kan...
x dew maknanya kot...
so mama nak citer pasai zaman kanak2 rebina mama lah.....
dari masa mama usia 6 bln gituuu...

cer tgok kalo x caya....
cun x mama.....
muahahhahaaa!!!!! sekali g ko feeling ko shantekk kan!!!!


kalo lah kecik2 mama comey cenggini.. alahaiiii
yang sebetul nya yang nie....
hahhahah tembam kan?

Ni masa umo mama 6 bulan... 
mak kata masa ni abah mama baru jew tggakan mak & mama...

ni masa umo setahun

yang ni pun... masa ni hanya kenal kasih wan & mak jew lah..
time ni dah berumur 4 tahun camtu... 


Ni gambar mama selepas kembali ke kg... dulu mak mama
jadi maid kat KL.... umah2 org kaya gitu.... 
kira nya leh la tumpang feeling jd anak org kayap sekejap!!

yg pertama sebelah bawah tu gambar ngan kwn2 kg mama.. memori zaman kanak2..
sangat indah oooo...

S@LM@ juara MENTOR 5......

kredit to GUA
 &












gambar n artikel dari sini dan sini juga

Biarpun meraih markah terendah dari pihak juri awam iaitu dengan hanya pungutan sebanyak 16 markah, namun kemantapan vokal serta persembahan memukau dari protege Erra Fazira, Salma berjaya menambat hati juri profesional dan penonton di rumah dalam konsert akhir yang berlangsung malam tadi.

Ini sekaligus melayakkan Salma merangkul gelaran juara Mentor musim kelima mengikuti jejak langkah juara-juara Mentor sebelum ini iaitu Pija, Fiq, Black dan Mohd. Gadis berusia 21 tahun ini berjaya mengetepikan saingan akhirnya dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85 markah, diikuti Shiha, 63 markah dan Iqa, 56 markah.

Dengan kemenangan itu, Salma atau nama sebenarnya Salmah Binti A. Asis berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet.

“Saya rasa bersyukur dan gembira dengan kemenangan ini. Saya tak mungkin bergelar juara tanpa bimbingan Kak Erra, tenaga pengajar yang lain serta penyokong semua. Sejujurnya, saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana saya sendiri tak mengharapkan untuk menang.

“Namun walau bagaimanapun, saya telah cuba buat yang terbaik. Bila Kak Erra dan orang luar bagi teguran, saya akan ambilnya bersungguh-sungguh dan berusaha buat yang terbaik,” ujar Salma ketika ditemui pada sidang media sejurus selesai konsert.

Konsert Akhir Mentor 5 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi, menyaksikan Salma membuat persembahan pembuka tirai bersama mentornya dengan lagu “Jendela Hati”.

Seluruh stadium menjadi gamat apabila Salma tampil dengan persembahan solo dengan menyanyikan lagu dendangan Beyonce Knowles berjudul “Listen”. Kehebatan serta kemantapan vokal Salma membuatkan hadirin yang hadir terpaku dengan vokalnya yang memukau.

Gadis berasal dari Tawau, Sabah ini terus konsisten membuat persembahan hebat apabila tampil membuat persembahan duet dengan penyanyi terkenal, Jaclyn Victor menerusi lagu “Cinta” (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan “Rindu” (Hetty Koes Endang). Salma kemudian mempersembahkan lagu terbarunya ciptaan Taja berjudul, “Aku Permata”.

Peserta akhir pada malam tadi diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Haji Ramli M.S, Ziana Zain dan Azmeer sebanyak 50 peratus, 30 peratus dari khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus dari juri awam. Tahniah diucapkan kepada Salma!

~ Isnin datang lagi!!!~




Salam Hari Isnin.... cuaca sangat segar pepagi nih.... pemandangan bukit bukau di pagi hari memang menakjubkan.... tenang jew... lagipun opis mama kan dalam utan.... kelilingnya adalah kehijauan....
so untuk semua teman2 
"Selamat Bekerja"........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...