I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama

Thursday, 31 May 2012

Puding sagu gula melaka.....

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 Salam uols....

Mama masih kat pejabat.... baru nak balik... Niat di hati nak balik buat puding sagu gula melaka.....


nak resepi x??? ehehhee mama gugle2 cari jumpa kat sini.. nampak mcm sedap sangat.........

gambar n resepi adalah dr sini


Bahan-bahan:

Sagu Merah

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 titik sirap ros


Sagu Hijau

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
setitik perisa pandan
sedikit pewarna hijau


Sirap Gula Melaka

2 ketul Gula Melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan


Santan Lemak Manis

3 cawan santan
sedikit garam sedikit
daun pandan


Cara- cara :

Sagu Merah

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan sirap.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.


Sagu Hijau

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.


Sirap Gula Melaka

1. Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.

2. Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk


Santan Lemak Manis

1. Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.

2. Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.


Cadangan hidangan : Sedap dihidangkan sejuk-sejuk


mama memang copy paste betul2 k.... nnt mama publish rupa puding sagu mama buat ya....

6 insan yang comel:

Papa Mifz said...

salam kenal...

wah nampak sungguh menyelerakan...nak suh wife cubo buat jugak la...:)

ainnoraini said...

mmg sedap..anak kakain no2 mmg suka sangat kuih nii...

inazamri said...

kuar je dari peti ais makan sejuk2 tak toleh dah kiri kanan....sedap tu.

Aleyn said...

Terasa kesedapannyer...uhhmmm

Mama Gee said...

iskk ingatkan gambar kt atas tu puding sagu yg al buat..heheeee

damha said...

puding sagu lemak manis berkrim...menyejukan badan n menyelerakan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...