I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama


Thursday 9 June 2011

~Demam~

Salam uolss...... dah banyak hari mama tak merajinkan jari jemari mama untuk menaip di sini....
Banyak benda sangat yang kena mama buat n pk 2 3 minggu nie...... oleh kerana itu mood mama dah merudum..... ehehhehehee... opsssss itu semua hanya alasan je kot.. ekkekee....
sebenarnya mama adalah sangat tak bersemangat.....ntah lew napa...
owh yea pasai tajuk kat atas.... mama dah demam ... sangat2 demam kerana......



http://3.bp.blogspot.com/-YIB9g02I9Qg/Tc8U-Hlze-I/AAAAAAAACCs/0xJd0Cd7JSs/s1600/Screen+shot+2011-05-15+at+7.47.39+AM.png


mama rasa sekarang memang dah ramai sangat yang jadi penunggu tetap TV3 setiap petang kan....
hari tu mama mmg x layanzz pun drama ni.. ikhlas. sebabnya mama memang bukan seorang yang suka lepak depan tv...ehehhe tapi bila dah ramai sgt member2 citer pasai NORA ELENA..... ish best sgt kew???? balik umah terus tanya anak dara mama... dia adalah PEMILIK TETAP TV kat umah..... hanya dia jew yg leh tgok TV tu... pastu siap leh hafal drama atau katun apa yg dia minat.. ehhehehe.. anak dara mama best la drama tu... pastu bila mama dtg jew opis terus gugle carik..... n layannnn dr  episod 1.. uwaaaaaaaaaaaa mmg best giler....... ehehheheeee. so jom layanzz dia py sinopsis wlpn drama tu dah nak hbs pun. ptg semalam dah episod 19 mama rasa. maknanya mggu depan hbs la tu.... sbb sume nya 24 episod..


Bakal ke udara pada 9 Mei 2011, NORA ELENA akan menemui penonton selepas berakhirnya CINTA ANTARA KITA, sebanyak 24 episod di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.
NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.


Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?
Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.






Zul Ariffin


Zul Ariffin

Siti Saleha
Siti Saleha
mak mama sangat sukakan siti saleha nie.....

Aaron Aziz.1
Aaron Aziz
hero pujaan mama selain rosyam nor.....


Kredit: Budiey.com


0 insan yang comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...