I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama


Tuesday, 14 June 2011

lawatan mengejut......

Salam Selasa uolss.... mama dah taip n3 ni dr pg tadi lagi.... tapi hari nie ada kejutan dari boss mama...
hahahhahaa sangat teruja..... nak tau apa???

kejutan itu ialah lawatan tergempar ke Kawasan Ladang yang seluas 1700+ hek.....
selama mama keje kat sini ni adalah kali -2....

Pada yg belum tau apa keje mama, mama sebenarnya bekerja di Cawangan Ladang, PPN Kedah.
dah nama pun keje Ladang kan.... ehhehehe
xmo taip byk2 sbb jari mama msh sakit sbb terseliuh semalam......

so cer layan gambo....




































Monday, 13 June 2011

Selamat Hari Bapa.......

Pagi tadi awal2 lagi anak dara mama ketuk pintu bilik,.... nak pinjam enpon... bila mama tanya napa, adik nak mesej ucap hari bapa kat abah...... owh.... anakku.... dah besar pun kau..... dah pandai utk menghargai...

Mama pun terlupa sebenarnya..... hari nie 12 Jun.. HARI BAPA... tapi mama hairan lah plak, betul kew nih sbb mmg sunyi sepi jew pasal wish utk Bapa2. kat FB pun sama...
x pew, apapun, pada mama setiap hari adalah hari utk Mak & Bapa..... 
mcm kata ustz Jamnul....

Walaupun abah kandung mama dah meninggal dunia 7 thn lepas, tapi mama masih ada seorang abah...
Mama sayang 2 orang abah mama ni... yang seorang kasih abadi, yang seorang kasih yang tulus....
Buat Arwah Abah mama, ALLAHYARHAM ABDUL HALIM BIN YAACOB.....
Semoga Allah akan tempatkan roh abah di kalangan org2 beriman....
~Al- Fatihah~

Untuk ayahanda mama Tuan Haji Yahaya Bin Domeh,
Terima kasih abah sebab memberi kasih sayang seorang ayah kepada anakanda, insyaallah selagi nyawa di kandung badan, akan anakanda usaha utk bahagiakan abah & mak...

KALIAN ADALAH HERO DALAM HIDUP MAMA......

Buat suami mama tercinta... MOHD JOHARI ABDULLAH....
terima kasih yang tak terhingga sebab abang sudi memberikan kasih seorang ayah kepada anak dara kita...
Sayang harap kita akan terus berusaha untuk merealisasikan impian abang untuk mendapatkan anak dari zuriat sendiri...... sayanggg abang!

Dan untuk adik2 mama yang dah bergelar abah!!!

serta semua insan2 bergelar Bapa di muka bumi ini.

Thursday, 9 June 2011

~Demam~

Salam uolss...... dah banyak hari mama tak merajinkan jari jemari mama untuk menaip di sini....
Banyak benda sangat yang kena mama buat n pk 2 3 minggu nie...... oleh kerana itu mood mama dah merudum..... ehehhehehee... opsssss itu semua hanya alasan je kot.. ekkekee....
sebenarnya mama adalah sangat tak bersemangat.....ntah lew napa...
owh yea pasai tajuk kat atas.... mama dah demam ... sangat2 demam kerana......

♥
♥
♥
♥
♥


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2slnLkiUgTCLmvIseS9gtMylo8P10uGsXGe719NzNo9BthxK8G8FdHNNfaF6ywrf8CGKe4-I4sJeQrzlBk6US98Zu5Za7SrrZ_nFV1T4sWsW2QJh2fdb5a0DsXUmWlUfONA1TGzcHwAhr/s1600/Screen+shot+2011-05-15+at+7.47.39+AM.png


mama rasa sekarang memang dah ramai sangat yang jadi penunggu tetap TV3 setiap petang kan....
hari tu mama mmg x layanzz pun drama ni.. ikhlas. sebabnya mama memang bukan seorang yang suka lepak depan tv...ehehhe tapi bila dah ramai sgt member2 citer pasai NORA ELENA..... ish best sgt kew???? balik umah terus tanya anak dara mama... dia adalah PEMILIK TETAP TV kat umah..... hanya dia jew yg leh tgok TV tu... pastu siap leh hafal drama atau katun apa yg dia minat.. ehhehehe.. anak dara mama best la drama tu... pastu bila mama dtg jew opis terus gugle carik..... n layannnn dr  episod 1.. uwaaaaaaaaaaaa mmg best giler....... ehehheheeee. so jom layanzz dia py sinopsis wlpn drama tu dah nak hbs pun. ptg semalam dah episod 19 mama rasa. maknanya mggu depan hbs la tu.... sbb sume nya 24 episod..


Bakal ke udara pada 9 Mei 2011, NORA ELENA akan menemui penonton selepas berakhirnya CINTA ANTARA KITA, sebanyak 24 episod di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.
NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.


Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?
Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.






Zul Ariffin


Zul Ariffin

Siti Saleha
Siti Saleha
mak mama sangat sukakan siti saleha nie.....

Aaron Aziz.1
Aaron Aziz
hero pujaan mama selain rosyam nor.....


Kredit: Budiey.com


Sunday, 5 June 2011

~Bicara Petang~

Salam Ahad... banyak ari dah mama x hapdet blog mama ni.... bukan apa hari Khamis tu mmg mama bz tahap gabanz maklumlah mama kan kuli jew..... ehehehhehee..

Mama tgah belek2 suratkhabar hari nie..... lepas kenyang lunch tadi... tetiba terpandang coretan Kak Cham
  (Hanizam Abdullah )..... rasa teruja nak baca sampai habis... ehehhe ( kalo x jgn harap la mama nak baca.... sekadar membelek2 jew suratkhabar tu )  so mama dapat idea nak kongsi kat sini.....so mam pun gugle lah cari..... jom la kita baca2... ehehhehe

Kata Teman: Kasih isteri, cinta madu dan resah andartu
Oleh Hanizam Abdullah
hanizam@bharian.com.my
2011/06/05

SALIH menyarungkan cincin ke jari Emi selepas diijab kabul di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, 30 Mei lalu.
SALIH menyarungkan cincin ke jari Emi selepas diijab kabul di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, 30 Mei lalu.



BARANGKALI lelaki yang paling dicemburui kalangan sejenisnya, saat dan ketika ini adalah Salih Yaacob. Lelaki biasa, tak sekacak mana, tak berapa nak muda, tidak juga kaya tetapi dilihat sedikit luar biasa kerana mampu memperisterikan empat wanita tanpa mencetuskan huru-hara atau ‘perang dunia ketiga’.

“Nak kahwin lagi? Tetapi... kau ada isi?” Itu gurauan yang kini menjadi mainan bibir rakan sepejabat merujuk kepada kenyataan isteri baru penyampai Sinar FM itu, Samihah Sheikh Amy atau lebih mesra dengan panggilan Emi ketika menjawab soalan wartawan apabila ditanya apakah istimewanya Salih sehingga sanggup menjadi isteri keempatnya.
“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung. Itu juga antara kriteria lelaki idaman saya. Namun, rupa paras perkara kedua, lebih penting sifat dalamannya dan ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.” kata gadis Johor bertudung litup itu.
Ketika berita mengenai Salih kahwin lagi tersebar dan wajah gadis berusia 24 tahun itu dipaparkan media, bukan sedikit lelaki yang mula pasang impian dan tersenyum sendiri dan penuh makna. Kalau di Facebook, barangkali mereka sudah pun mengklik like. Bukan sedikit juga yang memuji kehebatan Salih kerana gadis itu bukan saja nampak sopan, cantik dan menawan tetapi juga seorang terpelajar. Memang bertuah Salih kerana belum pun mencecah 50 tahun, dia sudah pun menghimpun empat isteri dan hampir satu pasukan bola sepak anak.

Tetapi barangkali paling lelaki lain rasa terpukul kerana dia mampu ‘menjinakkan’ keempat-empat wanita itu untuk hidup berkongsi kasih, tanpa cemburu, buruk sangka dan air mata. Ayat cinta apa yang diamalkan Salih gamaknya? Namun menurut Salih yang teman kenali sebagai seorang yang sangat kelakar, ini bukan soal ayat-ayat cinta. Tak takut berterus-terang, sama ada dengan isteri atau dengan masyarakat itu rahsianya. Lagipun hendak sorok macam mana kerana Salih ada nama!

Kata Salih lagi dalam satu temu ramah dengan media; “Saya tidak pernah bohong kepada isteri apabila nak kahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.”

Lalu hidup bermadu isterinya semakin manis sebab akui Salih yang mula mendirikan rumah tangga pada 1980, dia tidak pernah memburukkan isteri. Jangan pula salah sangka, coretan ini tidak bermakna teman menyokong poligami walaupun dibenarkan dalam Islam. Tetapi lumrahnya apabila tiba bab ‘buka cawangan’, semuanya hendak ikut Sunnah Nabi. Bab tanggung jawab, ramai juga yang sekadar gigit jari. Ada suami, apabila sudah jumpa berkenan di hati bukan saja terus lupakan isteri tetapi siap kutuk lagi.
Sebenarnya teman tabik juga kepada isteri Salih - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32. Bukan calang-calang wanita yang sanggup dan reda hidup bermadu. Tak boleh bayangkan situasi Salih berbulan madu ke China dengan isteri baru tetapi membawa sekali 11 anak dan tiga lagi isteri.

Ceritanya dijanjikan payung emas di syurga jika hati dengan penuh rela dan ikhlas membenarkan suami kahwin dua, tiga. Tetapi bak kata seorang kawan yang ada sisi humor yang kejam, sementara hendak tunggu payung emas tak mustahil suaminya ‘kena payung’ dulu. Kejam bunyinya tetapi soal hidup bermadu, siapa yang tidak terganggu? Dalam kebanyakan kes, sengketa rumah tangga bagaikan tiada noktahnya, hidup berantakan penuh drama dan air mata. Jalan mudah, kahwin sorok saja, habis cerita. Atau benarkah?

Ahhh... cerita suami, isteri, cinta dan madu memang tiada sudahnya. Jangan tanya berapa ramai lelaki yang ada jiwa Salih Yaacob di sanubari, yang sanggup berlaku adil kepada setiap isteri. Lalu akhirnya, madu semakin hilang manisnya, sebaliknya rasa pahit kian terasa. Hakikatnya, soal nafsu memang tak tentu. Ingatlah, perkahwinan bukan kerana cinta dan jasad semata-mata tetapi perlu diiringi dengan penuh roh dan jiwa serta tanggung jawab.

Situasi begini juga antara punca mengapa ramai yang memilih untuk hidup sendirian. Kata mereka, buat apa kahwin jika terpaksa berkongsi kasih. Bukan soal tak laku tetapi biarlah hidup sendirian walaupun sampai jadi andartu. Nisbah lebih ramai wanita daripada lelaki, sikit pun tidak membantu. Lagi pun kata mereka, lelaki yang baik selalunya sudah berpunya! Yang tinggal, kalangan yang macam buaya, pantang lepa. Helo Hawa... jangan emosi, kerana teman tahu tak semua lelaki begitu.

Teman kongsi satu catatan nakal seorang rakan yang dihantar lewat petang lalu sekadar hiburan pagi minggu. Katanya; “Isteri itu ibarat TV dan skandal (teman wanita) itu ibarat telefon bimbit (HP). Di rumah tengok TV, jalan-jalan bawa HP. Tak ada duit tengok TV, banyak duit cari HP baru. TV tak perlu bayar tapi HP kena top up selalu. TV bentuknya besar, gendut dan tua sikit tetapi HP biasanya cute, design bagus dan sedap dipegang dan diperagakan. TV tak boleh disembunyikan tetapi HP bila-bila masa boleh sorok. Program TV pun ada kala bosan tapi HP tak kan?” Memang kurang asam. Tepuk dada, jangan tanya selera tetapi tanyalah iman. Jumpa lagi!


ahahhahhahaa cer komen... cer komen....

Thursday, 2 June 2011

Bila Khamis yang tension....





Salam Khamis uolss..... selalunya bila Khamis tiba mama laah org paling best kot... ehehehe sebab hari ni keje sampai 3.30 ptg ( kat Kedah saja kot ) pastu esok lusa cotii plak... tapi hari ni mama x best sgt2 nak jumpa Khamis( hari ni) ni.. 1stly sbb marin mama dah cuti... bawa anak dara mama makan angin kat Penang walaupun hanya sehari semalam..... sian dia kan sekarang cuti sekolah.
Nak sambung cuti awal bulan adalah terrrsangat sibuk buat mama sebenarnya....
hari ni ada mcm2 versi yang leh buat angin baik mama terbang jauh pepagi lagi....
arggghhh sangat x suke tau!!!!




sekadar untuk renungan bersama...
ayat2 yang x dew kena mengena ngan angin x baik mama.....ehehhehe

nota jejari mama: jiwa sarat ngan rindu.......

Wednesday, 1 June 2011

S@L@M SeL@S@......



HIDUPLAH DENGAN PENUH KETENANGAN JIWA BIARPUN GELORA HATI 
TIADA SIAPA MAMPU TAFSIRKAN..... SEMOGA KALIAN SEMUA BAHAGIA HARI IN, ESOK & SELAMANYA WALAUPUN SEBENARNYA DERITA SEDANG BERLABUH DI JAUH SUDUT ATI......

ehehhehe sori yea tetiba mama jadi jiwang lak.....opss jiwang ke ayat tu... apa pun 
SELAMAT BEKERJA!!!

~Selamat Pengantin Baru Abang Jem aka Salleh Yaakob~

Kredit to abang hensem http://www.hazrey.com

wow... memang hebatkan abg jem..... dah 4 tu. mmg mama tabik springroll lah kat abg jem... lagipun mama sebenarnya peminat tegar Abg Jem, KE, & Krill kat SINAR

Layanzz gambar yea..

kalo lah mama di tempat 3 org lagi kakak si bongsu ni camner lah erk???



sweet jew kan... pandai abg jem carik...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNC2NrQ_EQ63Sb97ha5s9QRv9ezQjIZNwFqy_WSfDIfXQS8MVve1ncGej3Ifz9PUCI9GL80sU_DA2yWPwb2dXpnWpY2tKCsRCygBN1SC2NUYSDCvDnPQQOCb3UmubHILf_W5jj2idy_aNG/s1600/Salih-11.png

cute kan bini bongsu abg jem nie....

kalo nak tengok cerita lanjut terjah sini yea...  selamat pengantin baru!!!!

TAHNIAH & SELAMAT BERHANIMUN KE CHINA DGN SUME ISTERI2 ABG JEM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...