I made this widget at MyFlashFetish.com.

Orang2 yang sangat cun!!!!! TQ sudi follow mama


Friday 30 September 2011

Selamat Hari Lahir Buat Anak Dara Kesayangan

Mama terlewat untuk buat entry ni.. sepatutnya semalam mama dah publish.. 
tapi mama ada banyak hal yg kena settle....

Buat Anak Dara Mama,

NUR AFIQAH HANANI 

Selamat hari lahir yang ke - 9 tahun buat anakku,
terlalu cepat masa berlalu sebenarnya,, mama masih terasa lagi saat2 sakit melahirkan puteri mama tu...

Masih juga mama terbayangkan susah payah yang kami bersama tanggung saat di tinggalkan..
Saat mama menangis setiap malam kerana keperitan hidup yang terpaksa di lalui...

Masih jua mama terkenang saat setiap pagi  kami ( mama n anak dara mama yg waktu tu berumur 3 tahun )
berulang - alik dengan motor yg uzur.... uwaaa cedey... tapi alhamdulillah, sebab mama di beri kekuatan mental n fizikal oleh Nya... mama harungi jua semua cabaran demi anak mama yang seorang...
biar pun pelbagai cemuhan dan kata2 yg tidak enak di lemparkan pada mama tapi, itu mama jadikan benteng untuk mama terus berusaha memajukan diri sendiri...

Alhamdulillah, selepas 4 tahun mama harungi semua kepayahan, mama menerima kasih sepupu mama yang sangat mengambil berat dan menjadi salah satu tunjang kehidupan mama waktu itu.... Akhirnya, dia menjadi abah kepada anak mama yang telah di tinggalkan sewaktu masih mentah untuk menilai kasih sayang seorang ayah...

Apapun, mama selalu berdoa anak dara mama akan menjadi seorang anak yang baik n bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa, agama n negara suatu hari nanti..

Adik, ketahuilah adik adalah nyawa mama....
hingga akhir hayat mama!!!!!!!

note : entry yang di taip panjang lebar tetapi hilang.. maka terpaksa di taip semula...

Walapun tak suka.. tapi....

Salam bahagia uolss...

Mama baru pas jenjalan tgok blog oh bulan...
Rupa2nya mama ni ketinggalan jugak bab2 gossip artis ni...
Mama terjumpa cerita ceriti pasai 
pasangan retis yang mama tak suka sangat la...
opss.... realiti itu pahit kan.. tapi ada mama kisah...ahahhaaa

Pasangan pengantin baru Memey & Norman Hakim...

ermmm mama sekadar nak kongsi ja gossip terbaru pasai depa berdua ni... 
mama teruja tgok komen2 chef wan ttg majlis resepsi derang.. kalo nak tau baca kat sini  mama x nak la taip balik kat sini.. ehehhee kemalasan wehhhh!!!!!

gambar kredit to mynewshub



yg ni plak kredit to Oh bulan


Tak lupa jugak mama nak ucapkan selamat pengantin baru buat Nabil n wife dia..
 cer tgok kat sini

kredit to oh bulan jugak


nota : mama cuma mampu doakan semoga memey x akan melalui nasib seperti Abby.. Tapi ingatlah hidup ini umpama roda... bak kata Nabil.. lu pikir la sendiri kan... 

Thursday 29 September 2011

Seronoknyaaaaaaaaaaa!!!!!!!



Salam bahagia salam sejahtera salam 1 Malaysia...

Wah.. mood mama adalah tetiba sangat super dupeer best.... nak tau x napa????
( nak update n3 pon rasa bersemangat gilo uolss....)

yang pertama sekali, ptg td masa kuaq ke Aloq staq jenjalan cr barang untuk besday anak dara mama, tetiba mama dapat surprise dari cik hubby mama.... ( bestkan org lain majuk org lain dapat adiah)   ahahhahahaa.... mati mama cik abg baca ni..

yupss mama dapat adiah spesel dr cik hubby.. dia mmg suka buat kejutan buat mama...
sayanggggg abanggg!!! mama tetap sayang n cinta kan dia seikhlas ati mama wlpn tanpa benda2 tu semua.. tapi dia mmg terbaik.... sbb tu mama sayang dia lebih2... ahahhahahaaa
 ( mcm ayat nak mnta sekeh jew kan.. ahaksss) 

nak tau x apa yang mama dapat tadi????
cer teka.. cer teka.....









jeng..jeng..jeng...
hah ini lah adiah tu...
jam yang termahal pernah mama dapat...

tq lalink!!!!!!

gambar asdalah blur.... nak salahkan kamera ke nak salahkan org yg snap gambar ni ntah...
 ( maaf ya bukan mama nak menunjuk, sekadar utk mencoret buat peringatan..)


Perkara kedua yang buat mama epy sangat adlh, kemenangan kawan2 mama utk KIK peringkat Kebangsaan.. wlpn tempat ke 2 tapi derang mmg best!

Yang ketiga, mama juga dah berjaya siapkan goodies bag utk kwn2 anak dara mama. Thn2 lepas mama akan buat majlis sempoi2 utk raikan anak dara mama tu. tapi thn ni keadaan sgt2 x mengizinkan utk mama buat majlis tu kat umah, so mama cuma siapkan goodies bag utk kwn2 anak dara mama tu sempena ulangtahun kelahiran dia yang ke 9.....

sangat simple kan... tapi itu jew yg mampu mama pk n belikan utk dia... sbb masa sangat suntuk... tapi abah nya dah belikan kek yang cantik... esok baru leh potong... sbb esok baru besday dia....
seronok sangat dia anak dara mama tu teruja ngan benda2 camni wlpn uolss cakap mama ni kedekut kan.. ahahhahahaa mama gurau jerk lah....

ok mama nak wat 1 entry khas utk anak dara mama tu...... nanti cer baca k...

Tuesday 27 September 2011

Rindu nak berblog...

Salam bahagia..... salam sejahtera...

Lama sangat mama rasa mama tak berceloteh kat blog naif mama ni....
Bulan September adalah bulan yang sangat sibuk mama rasa... sebab, br hari ni mama leh rehat2 sikit kat opis...(wlpn keje masih bertimbun menanti).
Itu mama, kawan2 mama kat HQ masih bertungkus lumus menyiapkan keja2....

Bulan ni, kami ( mama dan semua staff PPNK ) ada mcm2 majlis besar yang perlu di uruskan...Nasib mama agak baik kot sbb mama di cawangan... Itupun tetap bizi tahap mentibang taw!!!

Antara majlis yang di uruskan PPN ialah HPPNK, Mesyuarat Agong, KIK ( KUMP. RODA PPNK ), Majlis Pembahagian Keuntungan dan mcm2 lagi lorr.... Mama cuma terlibat lam Group Ikrar utk HPPNK, bertugas utk Mesyuarat Agong ngan tukang makan ms @ Sri Malaysia tu jew... ehehhehe

ishh bila senarai mcm ni rs cam elehhh sikit jew kan tugas, itu pon merungut kamoo mama....
Apapun, mama tetap puji kwn2 mama semua sbb derang mmg da best.. mama rasa mama xkan dpt pengalaman lebih indah dr bersama mereka time bekerja...

Wlpn kena smash ngan boss, kami tetap leh bergelak ketawa sambil bekerja
 ( lam ati msg2 tatau la camna kan)ehehhee
pengalaman bekerja hingga 4, 5 pagi pastu smbg pulak slps sejam tdor....
Anim, Ina, Za, Ct & lain2 along sayang korang.. korang mmg best!!!!
Ingat la kenangan tdo ats kotak lam bilik operasi.... ahahhaaa mmg x leh lupa....

Untuk Group KIK PPNK, Tahniah sebab berusaha keras n dapat Perak utk KIK Kebangsaan.... korang mmg terbaik!!!! berbaloi lah seminggu lebih x hirau makan minum dan tidur x tentu hala...

ok lah mama nak rest jap, nak layan mata..... lagipun cik abg kat umah sekarang.. ehehhehee

Ok uolss.. nanti mama rajin mama upload gambaq2 semua majlis yang mama terlibat hr tu..


Thursday 22 September 2011

sesekali asah bakat........



Bila ada resah di dada pasti ada pengubat yang hadir,
Bila kita merindu, pasti ada yang merindui kita jua..

Tatkala ada jiwa yang berdarah, tertanam rasa resah....
Hati mulai pasrah untuk terus menyelam rasa pedih di jiwa yang parah...

Bila di simpan harapan yang menggunung, haruskah pasti ia ternanti,
tapi harapan itu terbenih pilu bila ia musnah bagai tsunami yang membadai....



Wednesday 21 September 2011

~wordless wednesday~

sangat rindooo sama ini budak!!!

Friday 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..
Salam Hari Malaysia

untuk SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA...

bendera malaysia Pictures, Images and Photos

Mama bangga menjadi warganegara Malaysia... Mama bangga kerana di lahirkan di bumi yang sangat bertuah ini... Mama bangga kerana di lahirkan di sebuah negara yang sangat mewah..  Mewah dari pelbagai segi... Sebab apa mama kata negara kita mewah???

Rakyat negara kita x pernah lagi meninggal dunia kerana x makan.... ya.ng mama tau kebanyakkan nya meninggal kerana terlebih makan... terlebih makan gula, makan garam makan lemak segala... ehehehhe

opss maaf ya sebab mama meraban camni...
 Tapi ikhlas,, kita rakyat Malaysia sangat mewah dari segi budi bahasa, makanan, adab sopan, dan mcm2 lagi... Cuba renungkan, sekarang di saat rakyat2 di negara lain bergelut dgn mcm2 masalah kita msh boleh bersenang lenang..... Bercuti dgn keluarga tanpa sebarang rasa gundah di dada... menonton wayang tanpa perlu gusar memikirkan sebarang ancaman.... Masih boleh bersuping di hujung bulan wlpn lps bersuping sibuk kata sume brg naik segala... ehehehhehe.. maaf yea kalo mama tercelupar berkata2...

Mama juga sangat bangga masih boleh menetap di kampung yang sangat aman damai.. sume warga kg sekarang juga boleh di kategorikan sebagai OKB.. sebabnya???? sbgai contoh, dulu kat kg mama ni... yang ada motor boleh di bilang ngan jari... kalo sebut pekan Alor Setar mama rasa setahun sekali pon payah utk kami merasai angin n habuk pekan aloq staq.. Tapi sekarang, kat kg mama, rumah yang tak punya kereta boleh di bilang ngan jari... lam 200 buah rumah,,, mama rasa rumah makcik2 ibu tunggal yg umo lebih 70 tu saja yg x dak kereta mama rasa... itu pon kalo musim perayaan kat laman rumah ada juga 2 3 biji kereta menjalar di situ..... 
 Lagi contoh yang ingin mama paparkan di sini.... pada bulan Ramadan yang lalu, Setiap Bazar Ramadan di pekan2 kecil kwsn mama, penuh ngan rakyat pelbagai bangsa ( kwsn mama ada India, Siam, Cina, Melayu, Bangla, Pattani, pure Thai,Vietnam, Myanmar ), lihatlah betapa mewah nya negara kita....boleh dikatakan sume brg makanan kalo lebih jam 6, akan hbs.... 

oh.. Malaysia negaraku, oh Kedah negeriku.... aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman n makmur..
 Mama sentiasa berdoa kebahagiaan hari ini yg kita kecapi akan dapat anak cucu kita nikamti bersama nanti... sungguh x adilkan kita menikmati segala nya hari ini di atas pengorbanan datuk nenek kita dahulu,, dan kita pulak rosakkan keamanan hari ini kerana nafsu sendiri dan biarkan keturunan kita esok merana.....

Mama mohon maaf andaai apa yang mama paparkan di sini membuatkan sesetengah insan yg singgah di blog naif mama ini meluat ngan coretan mama ini...


Thursday 15 September 2011

Pantang Larang...... ( sekadar untuk berkongsi )

Info yang berguna di copy dari FB member mama....

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
• Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
• Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
• Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
• Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
• Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
• Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
• Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
• Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
• Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
• Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
• Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
• Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh

Sunday 11 September 2011

~mama tumpang bahagia mereka~





ini gambar buah ati mama.... ABDUL HADZIQ FIRHAN...

Hadziq ni permata hati adik mama.... hadziq anak yg sangat comel, baik, bijak...

MAK LANG SAYANGGG HADZIQ...

Ahad yang sangat sejuk..



Salam Hari Ahad uols....

Okay mama dah kembali ke opis dengan 1 semangat baru di minggu yang baru....
Betul hari ni rasa bersemangat jerk.....
mungkin ada faktor2 yg menyenjukkan minda n diri mama ni...

Chaiyok2 mama...... harap sangat minggu dapat kekalkan perasaan ni...

Friday 9 September 2011

tajuk yg tatau apa

SALAM BAHAGIA BUAT SEMUA..

Dah lama blog mama tak berapdet kan.... banyak benda nak di kongsi n di ceritakan di sini.... dalam masa seminggu banyak sangat benda yang terjadi.. mama sangat keliru, kecewa n sedih... oleh kerana itu mama sangat tak bersemangat untuk buat apa pon..... 
Mama harap uols x mcm mama.. uols mesti epy2 kan.....

Ok uolss nanti mood mama dah ok seperti sedia kala mama akan coretkan lagi disini ya.....


Sunday 4 September 2011

Maaf Zahir & Batin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...